DR GIGI YANG LUAR BIASA

Dr Abdul Kordai Yusoff, handsome, bergaya dan fit ini, seorang doktor gigi lulusan dari Universiti Pakistan 20 tahun lalu. Beliau seorang yang gigih dan bersemangat. Selepas balik ke Thailand, di daerah asal kelahiran beliau, beliau mula mengorak langkah dengan membuka sebuah klinik gigi di Kedai Buruk Yala(Old Yala), atau bahasa asal sebenarnya 'JALA'. Menyewa sebuah kedai berhampiran jalan keretapi , dia memulakan langkah kehidupan baru, dan sejarah baru dalam keturunan beliau, atau keluarga. Sebagai seorang muda, dan Melayu Islam, beliau mempunyai cita -cita bangsa dan agama yang tinggi disamping memburu matlamat kejayaan peribadi, kerana di Thailand, dia tidak berpeluang menyertai kerajaan dalam apa juga bidang, tanpa mahu bersedia mengorbankan identitinya.

Dr Abdul Kordai yang bermula di sebuah premis kayu, dengan menyewakini telah melangkah jauh, apabila sekitar 13 tahun lalu beliau membeli sebidang tanah dengan nilai sekitar RM 1.4 juta, ditengah bandar lama Yala ini, dan membina bangunan sendiri dan berpindah semua operasi klinik pergigian ke situ. Disini kehebatan beliau mula teserlah, serta kejayaan beliau mula menyinar. Dengan bangunan baru yang lebih molek, dia menambahkan lagi kenalan dan pelanggan. Saya masa berkunjung ke klinik gigi ini, melihat pelanggannya luar biasa ramai, dan saya ambil keputusan untuk berjumpa beliau masa rehat tengahari sahaja.

Beliau mula dikenali di seluruh pelusuk Selatan Siam, sehingga ke Malaysia ini. Bukan sekadar Doktor Gigi, tapi sudah jadi wirausaha kata orang Indonesia.

Beliau yang mengorak langkah sebagai Doktor Gigi, mula menguasai bidang hartanah dan peladangan. Dalam masa 13 tahun membina gaya hidup baru itu, beliau menguasai sebuah restoran yang mashur di persisiran tasik peranginan Yala ini. Oleh kerana temujanji saya dipindah ke tengahari, 'Langkah Kanan' saya. Doktor Abdul Kordai ajak makan di Restoran Yasmin yang dimilikinya. Kebetulan, ada tempahan kenduri di Restoran hari itu, maka bertambah meriah jadinya Restoran ini. Dengan bilik berkapasiti 200 orang sekali makan, dan ruang pelangan walk in beasingan, bertatahkan seni hiasan bertema' Gajah Putih' itu, ianya berjaya menarik pelanggan seluruh dunia dari kalangan pelancung dan pemimpin. Semua telah pernah berkunjung dan menjamah di Restoran Yasmin.

Makan free saya sekeluarga dengan menu yang berbagai dan tersendiri, Pesamah Daging, Tomyam Seafood, Ikan Bakar, Udang masak Cili,ulam-ulaman, Daging Merah. 'Paih udang/sotong bersalut kelapa parut dengan kunyit hidup dibakar dalam 'Aluminium foil' sebesar buah kelapa yang telah di buang kulit itu, amat membuka selera.

Sebelum makan saya dibawa melawat Sirorot Hospital, Yala. Hospital Pakar berkapasiti 200 katil, yang baru dikuasai beliau dengan majoriti syer. beliau banyak bercerita tentang kejayaan dan pencapaian yang telah dia buat selama ini. Tingkat 3,4,5 sedang diubahsuai dengan rancak, menjadikan bilik single bad, macam bilik hotel bintang 5 bintang. Bila saya tanya dia, siapa yang consult dia untuk semua design. Dia jawab mudah. Your Dentist the Artist.

Isteri saya yang turut serta , memberi pandangan beliau, pasal profiling(istilah yang kawan saya baru cerita, bagaimana pegawai penguatkuasa beruniform Malaysia dilatih oleh agent CIA untuk kemahiran PROFILING orang yang menjadi subject). Kata isteri saya, Doktor ini nampak suka dipuji dan banyak kata-kata yang merujuk akan kejayaan atau kehebatan kerjanya. Saya jawab pada isteri saya, seseorang yang berjaya, mesti ada sikap ego, individualitic, dan sering bercerita wawasanya, tetapi dalam lingkungan ego dan individualistic terkawal, inilah sikap yang wajib ada pada mereka yang berjaya. Kalau tidak ada sikap ini, pastinya mereka tidak sampai matlamat atau gagal mencapai apa kejayaan. Dan kalau terlebih, atau tersasar ego pula, orang itu bakal kecundang.

Kelebihan Doktor ini yang menjadi asas kejayaan;

Ego: Berbangga dengan kejayaan dan kebolehan sendiri. Dalam masa sama dia mengiktiraf kebijaksana orang lain dan sentiasa dia intai dan timba pengalaman itu.(Aksesori dan kenderaannya, serta hiasan premis miliknya, menjadi petunjuk)

Individualistic: Mengutamakan diri sendiri, bersikap ingin menguasai. Masa yang sama, beliau bercampur dan bersyarikat dengan orang ramai, dan banyak berkolebrasi.(Fizikal dan keterampilan yang dijaga, menjadi asas sikapnya)

Berwawasan: Sering bercerita kejayaan dan rancangan sendiri. Masa yang sama beliau mengutip komen dan kritik, dan membaiki rancangan itu untuk pergi lebih jauh.

Komen Profiling saya, lebih kepada visi dan misi seseorang.

Sekarang dia sedang berunding untuk menguasai sebuah Hotel 15 tingkat di Yala ini. Dengan tawaran RM 14 juta, beliau sudah hampir selesai untuk menjadi pemilik dan penguasa banggunan mercu tanda bandar YALA BARU.

Saya buat temuduga ringkas akan sejarah keluarga beliau,mana tahu kalau-kalau ada yang memang berjaya dalam perniagaan, Doktor Abdul Kordai jawab ringkas, my father and my mother, rubber tapper!

Apa pun, Doktor ini luarbiasa keupayaan dia, Alhamdullilah ! musafir ini, saya dapat tambah mengumpul data kehebatan manusia kejadian Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing