Islam dan Kristien yang aman

Sempat Berkunjung Saudara Islam
Masjid Dalam Masyarakat Kristien yang dihadiahkan
seorang Muslim dari Jawa




Dalam perjalanan saya dari Danau Toba, di puncak pergunungan menyusuri jalan berliku dan bergunung ganang, penuh dengan harapan untuk sampai segera ke bandar Medan. Dalam perjalanan yang penuh dengan cabaran ini, dari bunyi tayar kereta yang menyebabkan supir atau pemandu berhenti, kemudianya kunci yang tertinggal dalam kereta dalam keadaan pintu kereta terkunci.

Dalam perjalanan in,i setelah selesai melawat kejadian Allah, akan tasik di atas gunung ini, sekali lagi kereta Kijang yang membawa kami mengalami kerosakan pintasan letrik dari batery. Kami sekali lagi terpaksa berhenti hampir sejam lagi, untuk baikinya. Dalam masa yang suntuk untuk solat jamak yang belum ditunaikan. Kami terus perjalanan dengan sekali lagi berharap akan bertemu tempat sembahyang dalam perjalanan ini, hanya gereja yang kelihatan.

Akhirnya kami ternampak masjid di tepi jalan. Papan tanda tertulis, Masjid Khairul Bariyah Al-Amin. Desa Parik Sabungan, Kacamatan Pardamean. Apabila salah seorang dari kami cuba membuka pintu, berkunci! Si supir tadi terus ke rumah sebelah yang 10 meter jaraknya, dan minta bantuan membuka masjid tadi. Seorang perempuan berumur 60an yang masih bertenaga, dengan mulutnya meleleh air sirih merah, beliau datang dan membuka pintu. Perempuan ini juga terus mencapai penyapu, dan menyapu ruang kaki lima masjid ini.

Selepas sembahyang, saya berbual dengan siak perempuan ini. Namanya Dogretes Sitiah, baru balik dari haji tahun ini, dia cuba berinteraksi dalam penjelasan beliau. Aman sahaja disini Ibu? tanya saya. Ia! kan serumpun, mereka semuanya keluarga aku! jelasnya, yang menambah minat saya.Aku dulu pun Kristien, aku kahwin dengan almarhum suami aku atas dasar cinta. Dia menjelaskan bagaimana dia memeluk Islam. Ibu ini terus saja bercerita, Lapan rumah sahaja yang Islam disini. Masjid ini orang Jawa yang buatkan.

Minat dengan keadaan ini, saya terus bertanya. Tadi Ibu kata, baru balik Mekah, buat Haji? Ya! semua keluarga aku yang Kriestien datang kerumah, masa aku balik, Katanya Ibu tadi. Jadi mereka dapat la ole-ole dari Mekah, apa,mereka terima ? tanya aku lagi. Ada yang terima, ada yang tidak, mereka minum air zam-zam, makan buah kurma ! beliau makin rancak bercerita.

Mitos melayu kampung saya dulu sekali lagi terbatal. apa tu ?? 'Kalau orang Kafir minum air Zam-Zam, dia akan terus rebah mati'.

Masjid yang dikelilingi dengan beberapa pohon kayu manis, menarik minat kami, dan menjadi topik perbincangan juga. Ibu yang menjadi siak ini, mengupas kulit kayu manis dan dihadiahkan kepada kami sebagai cenderahati kenangan.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing