Bila PAS Yang Berkuasa

Bersama Ahli Majlis, Mengedar Beg Sampah. Kempen Kebersihan
PAS Jaga Pasar Malam, Pelancung Luar Pun Sanggup Berbelanja.
Ahli Majlis MPPP ,Tuan Hj Yusof Mohd Noor sedang menyampaikan beg sampah
Bendahari PAS Cawangan sedang mempengerusikan
majlis pembukaan kempen kebersihan
.
Selaku Ketua Cawangan PAS: Meraikan Ahli MPPP sdr.Izure dan Hj Yusof di Pasar Malam Jalan Mahkamah Bayan Lepas, Antara Pasar Malam Paling tinggi Pengunjung di Pulau Pinang.

Bersih adalah elimen Iman. Kerajaan yang didokong oleh Islam akan menekankan asas ini dalam amalan kerajaan. Jiwa yang bersih, pasti melahirkan persekitaran bersih. PAS cawangan Jalan Mahkamah yang menjadi tunggak kerajaan negeri, sedang berusaha melahirkan kepimpinan dan rakyat yang bersih ini melalui program-program yang berterusan.

Kempen kebersihan dan disiplinkan masyarakat pengguna dan peniaga, sedang giat dijalankan di seluruh Pulau Pinang. PAS sebagai komponen parti pemerintah di negeri ini, telah bersama berusaha merancakkan acara-acara berkempen.

PAS dengan mengunakan jentera kerajaan yang ada, seperti JKKK, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan(MPPP) dan lain-lain agensi, telah giat ushanya bagi menghasilkan kehendak Islam dalam dasar pembangunan bandar.

Majlis di hadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat MPPP. Tuan hj Yusoff Mohd Noor sdr Iszuree Ibrahim, Jamaludin Said NYDP PAS Balik Pulau, Tuan Hj A. Rahim Pengerusi JKKK Bayan Lepas. Cg Hasnah Penyelia DUN. Selesai pelancaran mereka dan pengerusi persatuan Pasar Malam Bayan Lepas beserta Ketua dan AJK PAS Cawangan, melawat gerai jualan. Sebagai simbolik kepada kempen kebersihan ini, beg sampah diserahkan kepada semua peniaga yang berdaftar di pasar malam ini.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan