N5. PRK TENANG : Mengelabah BN
1. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad
a. Mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.
b. Sebelum itu 18 Jan lepas Isa Samat dilaporkan berkata.. di Tenang, "(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” Begitu kata Isa.Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam. Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina. Kata Isa.
2. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman
, “Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,” katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa. Kata Ghani.
3. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
“Dia (Normala) tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.
“Dia, seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” kata Dr Chua.
4. Tun. Dr Mahadir Muhammad.
Dr Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji.
, PAS dahulu mendakwa tidak boleh meletakkan calon wanita tetapi sekarang boleh.
' PAS dulu kata, Taka boleh kerjasama dengan bukan Islam.Sekarang boleh'. kata Mahadir.
Kenyataan- Kenyataan pimpinan BN dari UMNO dan MCA, menunjukan gelabahnya BN di Tenang. Mereka menghadapi PRK N.5 DUN Tenang ini dalam keadaan amat bercelaru. Mereka akan lebih tak tenang semasa menghadapi PRU13 nanti. Bayangkan mereka menolak Islam sebagai dasar, dan mereka juga menerima Islam ketika ucapan dengan Melayu,
UMNO mengatakan PAS sudah lari dari dasar Islam.
MCA mengatakan PAS nak buat negara Islam.
Comments