DBMHOSPITAL AMALKAN SUNAH


Minggu lepas , semasa berkesempatan bersama kakitangan dan pelanggan DBMHospital(Klinik dan DEWAN BERSALIN MUSLIMAH) cawangan Permatang pauh, saya gunakan peluang ini untuk bersama doktor dan kakitangan disini yag sudi memberi khidmat bercukur dan belah mulut(tahnik).

Doktor sekarang ini alhamdulilah, sudah ramai yang mahu mengamalkan sunah semasa dalam kerjaya mereka. Sebahagian dari doktor perubatan sekarang ini amat baik penguasaan Al-Quran dan Hadith, dari segi bacaan, pemahaman dan bahasa Al-Quran itu sendiri. Hadith dengan sanat yang mereka hafal, kadangkala membuat saya terpegun dengan keupayaan mereka.

Ini semua adalah kerana bersungguh mereka dalam mengamalkan Islam sebagai cara hidup.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Al-hasan, dari samurah bahwa Rasulallah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

"Setiap anak (yang lahir) tergadai (terikat) dengan akikahnya. Maka disembelih (hewan) untuknya pada hari ketujuh (dari kelahirannya), dicukur (rambutnya) dan diberi nama."

Ada pendapat yang bersandarkan kepada sumber dibawah, supaya di sedekahkan sebayak berat timbangan rambut yang di tukar kepada perak.

Dalam hadith diriwayatkan dari Anas bin Malik. “Sesungguhnya Rasulullah telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Hasan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambut dengan nilai perak”(Riwayat At-Tarmizi dan Abu Daud)





Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing