UMNO : SONGSANG ?
Timbalan perdana menteri berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.
Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi Pas sebagai orang jahiliah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong PAS. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini.
UMNO dari pemimpin no 1, sehingga Imam UMNO di masjid tak berani kata, Soi Lek hina Islam agama anutan mereka. Mereka tak rasa hina langsung dengan bahasa MCA ini, malah mereka membela MCA dengan bekerjasama menyerang PAS dengan tajuk menghalang negara Islam. UMNO juga tidak memberi sebarang respon kepada kenyataan Mufti.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kenyataan Soi Lek sebagai menghina agama Islam itu sendiri.
Oleh itu, Harussani menggesa supaya Soi Lek membuat satu permohonan maaf terbuka kepada orang Islam di atas kenyataan yang memburukkan Islam yang mempertikaikan mengenai adab dan tertib mengenai salam bagi seseorang wanita menurut Islam.
Kenyataan Mufti Harussani ini bersabit kenyataan presiden MCA keatas calon PAS yang mengamalkan ajaran Islam.
"Jangan undi Normala, kerana bekas guru itu tak akan melawat tokong Cina, sama seperti Presiden PKR, DS Wan Azizah hanya akan berjabat tangan sekiranya dia memakai sarong tangan ...". dan, "Apa hebatnya nilai Islam itu" Lagi sindir Chua Soi Lek.
UMNO diam seribu bahasa malah membela Presiden MCA ini demi fatwa dari ketua UMNO mereka. Betullah akan ayat Allah dan penjelasan Rasullah akan hal Parti UMNO ini berkenaan kenyataan Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin.
" اِتَّخِذُوْا أَحْبَارَهُم وَرُهْبَا نَهُم أَرْبَابًا مِن دُونِ اللََّهِ " (التوبة: 31)
" Mereka menjadikan para ulama' dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain dari Allah " (Surah At-Taubah : 31).
Maka apabila ayat ini dibacakan oleh Rasulullah Salallahualaihiwasalam kebetulan Adi' bin Hatim ra (bekas yahudi) mendengarnya lantas beliau menegur Rasulullah Salallahualaihiwasalam dengan mengatakan bahawa tidaklah mereka (orang yahudi) menjadikan rahib-rahib dan orang alim mereka sebagai tuhan (yakni tidaklah sampai menyembah).
Maka jawab baginda Rasul Salallahualaihiwasalam :
إنهم إذا أحلوا لهم شيئا استحلوا وإذا حرموا عليهم شيئا حرموا فذلك عبادتهم
" Mereka (para rahib) jika menghalalkan sesuatu maka orang ramai pun ikut menghalalkannya (yakni mengikutinya/mentaqlidnya) dan mereka jika mengharamkan sesuatu maka orang ramai pun ikut mengharamkannya maka itulah pengibadatan mereka (itulah bukti mereka menyembah para rahib).
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin menghalalkan kenyataan Soi Lek, demi undi, dan Mengharamkan kenyataan YAB Nik Aziz. Maka seluruh pengikut UMNO mengikut Ketua mereka.
Comments