MEMPERKASA PIBG

Merasmikan Mesyuarat Agong PIBG
Sijil Penghargaan Khidmat Bakti Yang Telah DiBerikan
Sejarah Tercipta, Mesyuarat Agong PIBG Sek.Keb. Permatang Pauh, Waris
Setia Menanti bermula 8.30 pagi Sehingga Tamat Jam 1 Tengahari.
Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang Pauh yang saya rasmikan Mesyuarat Agong, telah mengorak langkah memperkasakan PIBG dan pihak sekolah bagi menghasilkan pelajar yang berjaya dan baik.


Dengan sedikit sentuhan gaya pengurusan yang diamalkan oleh organisasi yang berjaya didunia hari ini, Mesyuarat Agong telah dihadiri oleh begitu ramai waris. Semua waris yang hadir, telah setia menunggu sehingga semua aturcara dan mesyuarat tamat . Mereka amat suka dengan perkembangan mesyuarat kali ini, sehingga ada yang datang bersuara kepada saya, 'Sayang la ! Guru Besar tak dapat hadir, Kalau dia ada sama, tentu dia seronok dengan kehadiran tahun ini, mesyuarat hadir penuh!'. Kebetulah Guru Besar, baru kematian ibu tersayang beliau.

Mesyuarat kali ini melihatkan seorang Doktor PHD telah dilantik menjadi Naib Yang DiPertua PIBG. Beliau juga bekas seorang Pegurus sebuah syarikat Multinasional . Dengan ini masa depan Sekolah ni akan menjadi lebih berjaya dan maju masa mendatang.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan