WANITA MUSLIM BAWA RM12 BILION PELABURAN MASUK PULAU PINANG


Semalam saya sempat berbual dengan seorang Ketua Penerangan PAS Kawasan, di sebelah Pulau, Pulau Pinang. Saya dimaklumkan bahawa seorang wanita Muslim telah memimpin satu agensi pelaburan Pulau Pinang. Wanita ini telah menjawat jawatan ini semada Tan Sri Koh Tsu Kon lagi, tetapi telah dipencenkan sementara.

Semasa Lim Guan Eng menjadi KM Pulau Pinang, tokoh wanita ini dilantik semula mengetuai agensi pelaburan kerajaan negeri. Dalam misi menarik pelabur, beliau berjaya membawa pulang pelaburan yang besar, sehingga menjadikan Pulau Pinang no.1 dalam senarai jumlah RM. pelaburan yang masuk ke Malaysia.
Wanita telah mencipta sejarah baru bagi Negeri ini, yang sebelum ini berada pada tempat ke empat. Dan wanita juga menggilap kehebatan wanita muslim yang mampu membina kejayaan .

Berikut ialah kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti.

Walaupun Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, mendakwa 99% pelaburan yang masuk Ke Pulau Pinang hasil usaha BN dan Kerajaan Persekutuan.
"Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri. Hujah Mukriz.

Mukriz mesti sedar kenapa setelah beliau berkempen ke Korea, Taiwan dan Jepun , Negara pelabur itu pilih Pulau Pinang, tidak memilih wilayah istimewa yang BN bina di negeri BN memerintah.

Kalau PAS berjaya melahirkan dan menghimpun wanita yang berkeupayaan seperti ini. UMNO gigit jari, BN gigit kaki.

Comments

Anonymous said…
apa gigit2....hampa laa kuat gigit...bahamm teruihhhh

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan