Halang tugas penjawat awam: Mat Sabu dilepas

Mahkamah majistret Jawi hari ini membebaskan ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohammed Sabu daripada tuduhan menghalang ketenteraman awam dengan menghalang tugas penjawat awam.

Majistret Mohd Izaham Ali melepaskan Mohammed dan sembilan yang lain daripada tuduhan yang didakwa dilakukan pada 9 Disember 2007 di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan.

Mereka juga didakwa menolak anggota polis dan enggan membuka pintu kereta apabila diminta berbuat demikian.
NONE
Menurut majistret, terdapat percanggahan antara kenyataan polis dan juga saksi.

Selain itu, katanya terdapat keraguan terhadap waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, percanggahan keterangan dua saksi pendakwa iaitu saksi kesepuluh Supt Mohd Nasir Salleh dan saksi ke-11 Idris Rejap dan tiada keterangan spesifik mengenai tertuduh telah menolak penjawat awam.

Sembilan tertuduh yang lain ialah Mohd Binyamin Ishak, 48, Fuadzi Suharat, 48, Md Lazim Osman, 54, Abdul Razak Ramili, 46, Mohd Subri Mohd Said, 46, Zamarul 'Aini Abdul Malik, 40, Zainul Azrun Zainal Abidin, 39, Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh, 51.

Jika didapati bersalah, semua sepuluh mereka boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan didenda sehingga RM10,000.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang dibacakaNONEn bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, dibantu oleh Khairul Fairuz Rahman dan Ahmad Razali Muhamad Nazri, manakala Mohamad dan sembilan rakannya diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Yusnita Yusof.

NONEKetika ditemui pemberita di luar mahkamah, Mohamad melahirkan rasa gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia satu kemenangan dalam menegakkan perjuangan.

"Terima kasih atas usaha peguam-peguam kami yang telah bertungkus lumus mencari bukti dan berhujah membela kami untuk menang dalam kes ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Mohamad dan rakan-rakan juga melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan keputusan penghakiman.

“Tahniah kepada barisan peguam yang telah berusaha memastikan kemenangan bermakna ini,” katanya.

Turut hadir memberi sokongan ialah ADUN Permatang Pasir Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Utiliti negeri Lim Hock Seng.

ZML: Kemenangan Mohamad Sabu dalam kes sembarono ini akan menurunkan lagi rating pihak polis di khalayak ramai.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing