Lembaga Kerukunan Umat Beragama DiBentuk
Indonesia menjadi tuan rumah kepada forum Kerukunan Umat Beragama Kota Kota Asia Tenggara, Malaysia yang diwakili Ahli Parlimen YB Dr Mujahid Yusof Rawa, telah berjaya membincang dan membuat keputusan untuk bersama menjadikan agama sebagai alat pembangunan sosial, politik dan ekonomi yang lebih aman dan berwawasan, sekaligus menepis provokasi pihak yang melebelkan agama sebagai agen teror.
F0rum yang berjalan selama sehari di kota Medan, Indonesia, telah dihadiri oleh 150 peserta dari pelbagai suku dan agama. Kehadiran mereka ini menunjukkan satu petanda baru kepada peningkatan minat beragama dan mencari kedamaian dengan agama. Negara Thailand dan Singapore telah bersama menyertai dan menyumbang idea dan pandangan, Thailand yang diwakili oleh Dr Ismail Lutfi, Rektor Universiti Islam Yala, dan beliau juga mewakili IRC Thailand yang baru dibentuk 4 bulan lalu. Pertubuhan yang menghimpun pelbagai suku dan agama diThailan, dan beliau dipilih sebagai Pengerusi pertama .

Forum Kerukunan Umat Beragama ini telah bersidang dan membuat keputusan membentuk sebuah lembaga yang di namakan Lembaga Kerukunan Umat Beragama Asean, Forum ini juga bersepakat melantk Dr Mujahid Yusof sebagai Ketuanya, bagi sesi penggal pertama ini. Selepas Forum ini bersidang sehari, satu sidang akbar dibuat, dengan Dr Mujahid dari Malaysia, telah diberi amanah memberi kenyataan mewakili Lembaga Kerukunan Umat Beragama Asean, sebagai Ketua pertama.
Comments