Pelajar PASTI Atau PHD
Semasa usia anak saya ini baru 4 tahun, dia sudah memberontak nak ke sekolah. Sekarang dah 5 tahun, saya memilih PASTI, dengan alasan supaya persekitaran dan pergaulan dipengaruhi suasana agama. Sedangkan dalam hati saya, saya nak dia disekolah Cina. Alasan saya supaya dia didedahkan dengan suasana baru dan budaya
baru. Pada fikiran saya ini akan membantu menyediakan anak ini dengan masa depan yang lebih mencabar dan 'pelbagaian' yang bakal menjadi asas komuniti dan pembangunan masa depan.Setelah sebulan ke sekolah, anak saya sudah dapat pakaian seragam sekolah dan buku, sebagai salah satu alat pembelajaran. Bila dia balik dari sekolah dan bawa balik semua buku, saya agak terkejut dengan jumlah buku dan tajuk buku yang bakal menjadi sebahagian dari alat pelajaran .
Anak saya ini berumur 5 tahun dan belajar pra sekolah yang menggalakkan mereka
bersekolah dan berinteraksi dan berkomunikasi. Tapi rujukan buku yang setimbun tingginya itu, macam nak jadikan anak saya PHD pada usia kecil.
Comments