Kambing Panggang , Beer.....
Azan Magrib yang kumandang dari surau restoran, telah menghambat aku keluar lebih cepat dari restoran tadi, rasa tak sanggup dan tak upaya aku nak menunaikan solat di situ!!
Setelah sehari suntuk, aku hadir di beberapa program di Pulau Pinang ,jam dah pukul 6 petang maka, isteri yang setia disebelah mencelah, nak makan di rumah ka, malam ni? soalnya, ditengah keriuhan anak anak ditempat duduk belakang kereta MPV,asyik bermain. Aku pun bertanya, nak makan di restoran kambing atas bukit Kampung Pelet!, apa lagi, isteri aku pun melapurkan yang mana staff dia, DBMhospital Permatang Pauh, selalu bercerita tentang kedai makan itu, mereka staff semua bagi 'ratting' tinggi pada tempat tu, dari segi makan , lokasi, persekitaran dan imeg, katanya !, yang belumpun pernah sampai ke restoran itu.

Aku pula dah dua kali kesitu dengan kawan, sekali dengan Dato Mahfuz Omar, bila dia minta aku belanja dia masa Pilihanraya kecil Permatang Pasir.Aku tumpang bangga dengan usahawan ni, sebab dia boleh tukar bukit dan hutan jadi duit, dalam hutan macam tu, dia boleh tarik pengunjung, seluruh Malaysia dah gah! nama restoran dia.
Aku pun percepat perjalanan dengan tidak singgah mana lagi, dengan pecutan kereta tadi aku berjaya sampai 6.45 petang, setelah menyusur masuk mini tar,dalam suasana terpegun, isteri dan anak semua terdiam seketika, mengamati persekitaran yang asing bagi mereka, kereta terus menuju keatas bukit yang agak landai juga.Sesampainya disitu, dalam bergerak ketempat parking yang curam, aku melihat ramai orang Cina dan Melayu berdiri di parking.Setelah aku dapat tempat parking yang sesuai, kami sekeluarga semua, turun kereta dan berjalan menuju ke teratak atau wakaf yang bayak di sekitar situ, sebagai tempat hidangan.
Dalam aku berjalan menuju ke teratak dan wakaf, mata aku masih tertumpu kumpulan Cina dan Melayu tadi, dengan beberapa orang Cina sedang mendukung kotak air tin.Isssh! mata aku tak silap air arak' tiger' mereka bawa ni, tak kan lah nak mentahkedarah di restoran Melayu ni.Setelah memilih wakaf, aku berkata kepada isteri dan anak anak aku semua, nampak macam arak la tadi.Tak kan dia nak bagi orang minum arak disini kot, diakan Islam!, tak syok la macam ni, Isteri yang penuh sefahaman dalam nada merungut kesal.
Setelah aku menempah 'Briani Kambing' special dari pelayan yang nampak 'baloq liat' kelakunya, aku bangun, untuk tinjau tempat Cina dan Melayu tadi, aku melihat mereka dalam khemah khas, seperti nak 'Yam Seng', tapi kotak kotak besar air tin tadi tak nampak pun, mungkin mereka letak tempat agak tersembunyi ,fikir ku, dan fikiran ku mula melayang semasa aku sedang berada di Seoul, Busan dan Daego, iaitu bandar-bandar utama yang kebanyakkan di puncak-puncak gunung, dan disambungkan dengan jalan seperti jambatan gantung, di negeri jenama LG, Samsung, Daewoo. Korea Selatan! Negara dimana, banyak mengajar aku akan fungsinya sebuah 'Muzium',muzium dijadikan bahan berfikir dan berinofasi, Dari jarum mengkait, di susun sampai jadi mesin tenun automatic, dari pukat sehingga sonar(alat pengesan ikan di laut),dari kuku kambing kepada mesin menanam padi sebesar bangku malas rotan. Muzium bola di bina di stadium Gwangju, tempat berlangsungnya sukan bolasepak piala Dunia, kajian dan hasilan sejaah yang di perkasa dengan ilmu, sehingga mereka meninggal jauh pasukan bolasepak Malaysia, yang sebaris mereka zaman kegemilangan Namad dan Isa dulu.Masa di sana tu, bila nak makan, mula lah aku gelisah, sebab arak di hidang di semua meja, dan makanan buffet yang terpaksa aku berhati hati mengambil lauknya, sebab hanya satu bekas sahaja yang ada ikan goreng, yang lainya semua babi dan ayam, serta daging yang tak sembelih, boleh kurus aku kalau seminggu lagi disini.
Lamunan fikiran aku diganggu oleh segrombolan 7-8 orang Cina lagi, dan 3-4 orang macam Bangla, mendukung lagi rak kotak 2x2 kaki, air iblis. Semuanya bergabung sekali dalam khemah tadi dan sedang makan besar.
Enak agaknya, Kambing panggang dengan beer...

Comments