Posts

Showing posts from March, 2011

SEX, Tajuk Menarik Atau Isi Pilihan Malaysia

Image
Hanya Kerana Tajuk Buku Yang Sensasi, Buku Berhalaman Kosong Terlaris Di Pasaran Britain . Buku berharga £4.69 [RM 25.00] itu pada awalnya, dipasarkan hanyalah untuk dijadikan sebagai hadiah. Dan untuk kajian selepas catitan dibuat kemudian dianalisa. Tetapi berubah menjadi rebutan akhirnya. DiMalaysia pula,pada akhir 2010 MPH Bookstores Sdn Bhd, melapurkan KOLEKSI buku berkulit kuning setebal 286 muka surat itu tersusun rapi di atas sebuah meja. Ilustrasi seorang puteri dan puter a raja, lelaki berjanggut, kapal yang belayar di lautan serta beberapa ekor haiwan seperti sang kancil, seekor merpati dan tupai menghiasi muka depan buku tersebut. B uku bertajuk 366 Cerita Rakyat Malaysia itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. 5000 buah telah terjual di MPH cawangan Alamanda sahaja. Tahun 2011 juga merekodkan, Prof Dr Muhd Kamil lebih dikenali melalui buku umum beliau, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang sudah terjual melebihi 40 000 naskah di pasaran terbuka. Ia merupak

MUFTI: Haram Video Sex

Image
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. Dari segi fakta, Mufti Perak sahaja yang buat kenyataan, atau ada lagi yang tak disiarkan. Malaysia menjadi negara penjenayah, sekiranya benar suasana dan keadaan pemnberitaan masih begini. Semua berita bohong dan provokasi menjadi bahan memeriahkan dada akbar, dan melariskan jualan. Orang politik yang berkuasa pula, menggunakan media untuk fitnah, dan media jadi alat serta senjata lawan musuh politik mereka. Masyarakat menjadi punah dan rosak sebab dihidangkan dengan jenayah kerajaan dan dihalalkan keraja

Menduakan Sutan: Sengaja atau Tersilap

Image
Elia Suhana sah isteri Sultan Ismail Petra Mac 30, 11 3:13pm Kongsi 51 Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu hari ini menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau. Berita Malaysiakini hari ini telah menulis, gelaran Sultan kepada Tengku Ismail Petra, bekas Sultan kelantan. Ini telah dilakukan dalam memberitakan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu. Semua orang tahu, Sultan Kelantan sekarang ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra). TV3 dalam berita 8.30, juga mengguna gelaran Sultan pada Tengku Ismail Adakah ini satu kesilapan menulis Kalau kesilapan, satu tindakan memohon maaf mesti disegerakan, dan mengelarkan gelaran sebenar kepada Tuanku dan Tengku. Jangan pula keadaan ini satu lagi tindakan sengaja, seperti yang pernah dilakukan pada tahun 90an dulu, oleh pemimpin UMNO yang sanggup menderhaka Al-Sultan, de

Dr. Mujahid: MP yang dikehendaki

Image
Pengerusi DHPP Hu Pang Chow, Sedang menunggu Dr Mujahid Di Parlimen. Untuk Merangka Program Penyokong PAS, Dan Kemungkinan DHPP bertanding di Miri. Anak Murid Yang Sentiasa Setia Menunggu Kuliah Ustaz, Yang Menjadi YB. Lepas Parlimen, Menjadi Jadual Tetap, Memberi Kuliah serata Masjid dan Surau. Hujung Minggu Pula Gereja Juga tak Kurang Undang Beliau Bersyarah Islam. Dengan Penguasaan Bahasa Al-Quran dan Bahasa Inggeris Yang Baik, Beliau Berjaya Menarik Minat Pentadbir Gereja dan Pengikut Kristien Mengikuti Syarahan Beliau. Selepas Kuliah , Agenda Biasa, Makan! Bersama Jemaah Surau Bandar Tun Hussein Oon, Cheras. Penghuni Sini Golongan Elit Belaka?? .

Perluaskan Kerjasama Kebajikan

Image
Anak Yatim Sedang Menjamu Selera di Restoran O.J (Osman Jailani) Kampung Datok Harun, Petaling Jaya Anak Yatim Sedang Bersalaman untuk Berangkat Pulang DiJemput Oleh Sahabudeen Jalil , Tauke Perniagaan Memborong Di China. Yang Menaja Makan Malam Bersama Anak Yatim Anak yatim mejadi pilihan sebahagian dari koperat atau usahawan, untuk menabur bakti. Selaku Penasihat Mutiara Infaq, Komiti Anak Yatim, saya berpeluang bersama seorang sahabat yang berjaya dalam perniagaan, Perunding Pelancungan dan Memborong di China, dalam majlis makan malam bersama anak yatim, di sebuah restoran di Kampung Dato Harun, di Petaling Jaya. Syabas! Shahabudeen Jalil, seorang yang boleh bertutur dalam banyak bahasa. Ada bahasa yang baru dicipta esperanto , pun beliau kuasainya sekarang. Beliau yang bermula dengan memberi khidmat perunding kepada kumpulan kecil di bilik-bilik kecil 2 tahun lalu, kini telah berjaya menjadi tetamu TV3 dan AWANI dalam membimbing orang ramai yang berminat dalam perniagaan memborong

JANJI BN BETUL ATAU PALSU

Image
PAS perlu banyakkan kegiatan simbolik yang menghampiri realiti bagi menjadi juara Negara Berkebajikan. Program pemimpin turun ke bawah dengan penuh amanah dan perihatin hendaklah diperbanyakkan. Ini kerana UMNO dan BN hanya janji kosong dan make Up pilihanraya sahaja. Beberapa hari kebelakangan ini PM kita Dato Seri Najib banyak melancarkan program menabur janji dan habuan, seperti perubatan warga pencen dan tanggungan, Insentif Pelajar Cemerlang semasa keputusan SPM baru ini, Rumah Full Loan, dan akan berterusan banyak lagi janji-janji . Hakikatnya sekolah- sekolah di Malaysia, kalau bumbung bocor, meja atau kerusi patah, PIBG kena kutip derma untuk baiki. Macam ceramah PAS ! UMNO dah mula belajar dari PAS? Makanan bantuan ditarik balik dari sekolah. Bila pihak sekolah minta ,Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) kata, tak dak budget tahun ni ! Memang betul pun, semua jabatan sedang mengeluh, 'duit tak turun' sejak awal tahun lagi. Saya sendiri terlibat dengan 3 sekolah yang berbeza.

JOM KEMBARA

Image
Menjelaskan Kerjasama Yang DiUsahakan Bakal Meninggalkan Kesan Besar . Penyelaras D.U.N. Hj Mohd Tuah dan Hj Rosdi Sedang Mengamati Perbelanjaan Yang Akan DiGerakkan in i . Persetujuan Penyelaras DUN dan Usahawan Yang Menganggotai Mutiara Infaq, Komiti Anak Yatim . Mutiara Infaq(MI) , Komiti Anak Yatim, terdiri dari usahawan yang membantu anak yatim. MI, memilih anak yatim yang masih tinggal dirumah bersama keluarga mereka. Malam ini sekali lagi MI, dalam siri jelajahnya memilih 9hb April 2011, Sabtu, untuk kembara mencari anak yatim. 'Kembara Selamat, Generasi Pewaris'. Tema yang diguna untuk kembara kali ini. Bermula di Dewan Undanga Negeri Penaga, sebelah paginya, anak yatim dicari dan diberi bantuan. Makan pagi, dan beramah mesra bersama pimpinan tempatan, diketuai oleh peguam muda, Hj Rosdi Husain yang menjadi penyelaras D.U.N Penaga, dan penduduk setempat. Kembara ini terpaksa dihadkan penyertaan motor, hanya 50 buah motor sahaja dari setiap D.U.N. Ini kerana terlalu ra

Demo Anti Saudi Di Montreal

Image

Video SEX Alihkan Isu Ekonomi

Image
Kawan saya telah hadir ke pameran jualan kereta di sebuah pasaraya. Seperti biasa dia bertanya, kalau beli SAGA ni, bila boleh dapat? Tak tau abang! mungkin 2 bulan, atau tak tau bila! Jurujual tu jawab. Kawan yang nak beli kereta pada anak perempuannya, semperna baru dapat keputusan peperiksaan baik. Dia jadi hairan dengar jawapan jurujual tadi, jawapan yang diberi luarbiasa, bukan seperti jurujual, tapi macam tok bomoh pula. Setelah bersoal, baru jurujual itu maklumkan, yangmana pengeluaran kereta Malaysia terjejas kerana Tsunami yang melanda bandar serta wilayah Onahama, Kesensuma, Miyagi dan Fukushima di utara Jepun, .. Banyak komponan kereta dibuat di kawasan ini. Seorang kawan turun dari kapal terbang awal pagi. Dah ada masa kosong pagi, dia call saya ajak minum. Saya bawa dia makan tempek nyior, capati asli, dan cucur udang, macam emak masak dirumah. Dalam dia melayan nostalgia dizaman sekolah rendah, masa emak dia masak menu pagi ni, maklum, orang susah dulu, buat jemput-jempu

Perasmian Ekspo Masjid Jelutong

Image
Ustaz Elias Zakaria, Yang DiPertua MAIPP, sedang berucap merasmikan Ekspo Sejahtera Harmoni, yang berlangsung dipekarangan Masjid Jelutong selama 20 hari. Turut hadir Hj Mohd Yusof Bin Mohd Nor, Ahli Majlis MPPP, merangkap Pengerusi Kariah. Imam. Drs Nazri Abdullah. Tuan Zaini Aboo Hassan

Dato T yang Berbulu Ayam

Image
Kenyataan Akbar , Setelah Mereka di Londeh YB.Dato Jo. Kes Video sex , anjuran bekas pimpinan BN, telah diketahui siapa mereka. Mereka telah mendedahkan diri mereka. Mereka gagal brselindung dengan pendedahn MP Sungai Petani, YB Dato Johari Abdul. Apabila terdedah, kenalah rakyat jelata, kesemua mereka ini rupanya, sebagai pemimpin yang mempunyai sejarah tersendiri. Kerana mereka, ada orang merengkuk dalam penjara. Kerana mereka, Pilihanraya kecil Pantai Merdeka terpaksa menerima calon bankrupt. Tawar menawar jutaan Ringgit dengan Yb. Dato Johari, telah membawa padah dan dedah siap petualang, berbulu ayam ,atau yang orang tua kata musang berbulu ayam. BACKGROUND: ".... Shazryl Eskay Abdullah, the plaintiff in the case had filed the suit in January 2002, claiming a breach of contract by defendants — Merong Mahawangsa Sdn Bhd and Datuk Yahya A. Jalil — for failing to pay him RM20 million after he had procured the project for them. In the statement of claim, the plaintiff st

SEX ,BN , Hancurkan Malaysia

Image
Nazri Aziz kata, "Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Karpal Sing kata, polis mesti Tangkap Dato T ,tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. Kata Datuk T, Dia ragu polis dan mahkamah Malaysia? 'Datuk T' won't hand sex clip to police This, he predicted, was because any police involvement would likely invite further denial from Anwar. “Datuk Seri Anwar would only divert attention, claiming that the police are in cohorts with the government if the outcome of the investigation did not favour him. Penyamun, Ustaz, Profesional, politikus, budak sekolah, pedagang luar negeri, semua tak percaya Polis Malaysia, Mahkamah Malaysia . Adakah kita berada dizaman gila-gila? Video clip ini dalam hitam p

Pihak Terdesak Reka Video Sex ?

Image
Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar Oleh Shannon Teoh dan Asrul Hadi Abdullah Sani March 21, 2011 Ni Nazmi KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Ini (rakaman) video Anwar yang direka,” kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. “Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini,” kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider. Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, “beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi.” Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya “Datuk T” mempertontonkan rakaman video menunjukkan seoran

Video seks

Video seks pemimpin kanan Pakatan muncul TERKINI @ 02:40:16 PM 21-03-2011 March 21, 2011 KUALA LUMPUR, 21 Mac — Rakaman video menunjukkan, seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan ditontonkan kepada media hari ini. Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi. Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini. Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut. Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai “Datuk T”. Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

PAS: Sekadar Berita atau Arahan :

Image
Saman ekor, debat, Buku Jingga akan tamatkan BN KEPALA BATAS, 20 Mac: "Cetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) oleh panel yang dilantik dan sebarkan ke serata pelosok tanah air bagi tujuan memahamkan masyarakat tentang sikap zalim Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar. Menurutnya, memandangkan Umno begitu resah dengan isu saman ekor dan dua isu besar lainnya membuatkan parti itu terpaksa melaksanakan pendekatan lembut dengan menggula-gulakan rakyat termasuk pada tiga pilihanraya kecil iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Merlimau dan Kerdau, baru-baru ini. Katanya, dua lagi isu besar yang harus diketengahkan kepada rakyat ialah Buku Jingga dan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya melihat kenyataan diatas, adalah antara yang baik dari seorang pemimpin PAS. Ya benar! satu inpak besar akan berlaku sekiranya jentera PAS bekerja dengan senada atas segala araha

MAT Sabu Pemimpin PAS.

Image
PAS Perlis yang agak sunyi dari media dan glamour, tiba-tiba buat sepeti kejutan dengan tersergamnya bangunan sendiri yang menjadi mercu tanda PAS Negeri itu sendiri. Kawan saya banyak yang datang menegur sapa, sambil sinis perli. 'PAS Perlis semua kaya-kaya dari orang PAS Pulau Pinang, sebab tu, Perlis boleh buat bangunan yang hebat sendiri' . Tersebar luas yang PAS, kebelakangan ini merosot dari mendapat sumbangan dari ahlinya sendiri. Ada kata tak telus, ada kata duit derma ke PAS tiris ke individu yang berlakon dengan serban jubah?? Banyak sangat isu yang menghilang keyakinan orang menyumbang. Ada seorang kawan lama telepon saya. Dia telepon dari German, bertanya khabar PAS. Dia yang duduk German, dapat gambaran PAS sedang merudum sokongan. Adakah orang dah hilang keyakinan atau give up sejak Muktamar lepas dan perkembangan yang tidak berubah? soal dia. Apa yang dia hukum itu berdasarkan jumlah pembeli HARAKAH yang menurun amat ketara, Pilihanraya kecil yang terus menu

Expo Riang Ria Kepala Batas Meriah

Image
Lautan Manusia DiSetiap Hari Akhir Expo Sebuah Kereta DiMenangi Oleh Pengunjung Hj Rosdi Husain Ahli Majlis, Majlis Agama Islam Pulau Pinang,Menyampaikan Hadiah . Hj Rosdi Menyampaikan Derma Orang Ramai Kepada Mutiara Infaq. Sebuah TV. DiMenangi Oleh Pengunjung. Bersama Pimpinan Mengalu-alukan Penderma Dan Pengunjung Yang Bersama Membantu Anak Yatim

Pilihanraya Serawak

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan k

Derma Darah Harmoni

Image
Semasa Konvensyen Pakatan Rakyat diKepala Batas, Pulau Pinang yang lepas, DBM Hospital sempat menawarkan kerjasama dan sokongan dengan menganjurkan Derma Darah. Majlis yang berjalan dengan kerjasama Bank Darah, Kementerian Kesihatan Malaysia, mendapat sambutan yang menggalakkan. Selepas majlis tersebut, saya sering terima jemputan untuk program serupa. Kami dapati, ianya dapat menjadi penghubung antara PR dengan Jabatan, Kakitangan Kesihatan, masyarakat setempat, dalam suasana lebih harmoni. Sekarang ada lagi permohonan dari Ngo's lain, yang nak adakan kerjasama dengan kami.. Alhamdulilah!!!

Kahwin Memilih Jadi Kaya ??

Image
14 peratus bilionair dunia masih tidak berteman NEW YORK 17 Mac - Terdapat sejumlah jutawan yang direkodkan di seluruh dunia pada 2011, namun 14 peratus daripada mereka masih belum mempunyai teman, dedah majalah Forbes, semalam. "Adalah mustahil untuk bertemu dengan jutawan, kemudian jatuh cinta dan hidup bahagia selamanya, namun bukan semua adalah mustahil," kata Pengarang Kanan Forbes, Luisa Kroll selepas menganalisis senarai tahunan Forbes mengenai manusia paling kaya di dunia yang dikeluarkan pada minggu lepas. "(Terdapat) Seramai 1,210 jutawan di seluruh dunia, 175 masih belum mempunyai teman termasuk 48 wanita, 36 belum pernah berkahwin, 81 bercerai, 6 berpisah dan 52 adalah duda," kata Kroll. Bagaimanapun, menurut Kroll, masih ramai jutawan yang memenuhi syarat untuk mempunyai pasangan secara serius termasuk pengasas Facebook, Dustin Moskovitz, Mark Zuckerberg dan Sean Parker. Carlos Slim seorang hartawan dari Mexico menjadi manusia terkaya di

Kerajaan BN belanja RM5.9 juta kempen di Tenang

Image
KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu. Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011. Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011. Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil. Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu. "Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya

UMNO Terus Desak Kelantan Laksana Judi

Image
KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham. Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun. BN Khususnya UMNO sedia maklum, mahu melihat rakyat Malaysia merana dengan masalah perjudian dan keruntuhan moral dan ekonomi keluarga. BN sanggup mengkianati kerajaan Kelantan, dalam melaksanakan hal agama, dan susila. Terbaru UMNO sanggup menggunakan MCA sebagai wakil mereka bagi mendesak Kelantan menghalalkan judi, seperti negeri-negeri pemerintahan BN yang lain, dan Malaysia keseluruhan. Keadaan ini menarik YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz, Menteri Besar Kelantan bertindak mempertahankan dasar Islam yang di persetujui bersama semua ketua-ketua Agama dan Ngo, sejak 1990 lagi. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. SEBAGAIMANA semua pihak sedi

BN:Rogol Bawah Umur(Zina)

Image
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM. Kenapa rogol bawah umur meningkat? Banyak kalangan polis mendedahkan, kes rogol bawah umur ini sebenarnya, melakukan zina dikalangan remaja bawah umur, bukan dirogol secara paksa. Kerajaan Malaysia yang sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh, dalam kejadian zina yang berleluasa ini, walaupun kerajaan menukar istilah 'rogol bawah umur'. Bermula dari sifat malu yang di hakis dalam asuhan oleh kerajaan selama 10 tahun secara langsung di alam persekolahan. Pengalaman saya sekolahkan anak perempuan di sekolah kristien( St George's Girls ' School ) yang khas untuk pelajar perempuan sahaja. Pel