PAS: Sekadar Berita atau Arahan :

Saman ekor, debat, Buku Jingga akan tamatkan BN

KEPALA BATAS, 20 Mac: "Cetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) oleh panel yang dilantik dan sebarkan ke serata pelosok tanah air bagi tujuan memahamkan masyarakat tentang sikap zalim Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, memandangkan Umno begitu resah dengan isu saman ekor dan dua isu besar lainnya membuatkan parti itu terpaksa melaksanakan pendekatan lembut dengan menggula-gulakan rakyat termasuk pada tiga pilihanraya kecil iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Merlimau dan Kerdau, baru-baru ini.

Katanya, dua lagi isu besar yang harus diketengahkan kepada rakyat ialah Buku Jingga dan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya melihat kenyataan diatas, adalah antara yang baik dari seorang pemimpin PAS. Ya benar! satu inpak besar akan berlaku sekiranya jentera PAS bekerja dengan senada atas segala arahan dan seruan parti. Tapi apakah kesan dan keputusannya? Sekadar berita atau arahan, atau gimik pemimpin?

Biasanya istilah wala' , hanya akan muncul masa kempen pemilihan di Muktamar saja, ianya akan dibawa oleh mereka yang bergelar ustaz. Kalau pasal jawatan adalah wala', kalau kerja biasanya tolak.

Berita yang saya dapat dari Harakahdaily ini, kalau dijadi kayu ukur kepada jentera PAS. Kita pasti dapat lihat seluruh jentera dan ahli, sambil belari menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Tapi, siapa nak mulakan? mampukah YDP Kawasan menjalankan tanggungjawab ini, atau Muslimat saja yang buat kempen rumah ke rumah masa hari mengundi.

Mungkin Ustaz yang jadi exco PAS atau Ketua ini akan kata,'mana nak cari duit ?'. Duit yang orang derma kuliah-kuliah tu untuk ustaz belanja anak bini, kereta Ustaz, Tambang Ustaz pi Umrah!

Akibatnya orang tolak PAS. Sebab 'nak terberak baru korek lubang', kata orang kampung Pulau . Lagi! Sebab ulang kerja sejak tahun 1955, tapi nak keputusan tahun 2011. macam saya kata sebelum ini. ulang kelas darjah 1 setiap tahun, tapi mahu hasil keputusan UPSR darjah 6.

Mari kita lihat Jentera PAS, Dia belajar sejarah macam tulisan buku Dr Mujahid, atau dia 'swept under the carpet'

Jom kita bersama kuburkan BN!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing