Kaya di Papan BSKL
Top Gainers | Last | +/- |
BAT | 48.86 | 1.060 |
PETGAS | 11.80 | 0.480 |
PETDAG | 13.92 | 0.260 |
F&N | 15.94 | 0.200 |
PPB | 16.80 | 0.200 |
PACMAS | 4.80 | 0.150 |
GBH-WA | 0.42 | 0.120 |
SEG-WA | 2.29 | 0.120 |
UDSCAP | 0.29 | 0.105 |
ADVPKG | 1.35 | 0.100 |
Biasanya BSKL menjadi petunjuk pilihanraya, apabila index melonjak, maka pilihanraya akan diadakan. Begitulah amalan sepanjang 6 pilihanraya umum yang berlangsung di Malaysia. Akan manjadi amalan kepada pedagang runcit dalam bursa saham di Malaysia, mereka mencari keuntungan pantas dalam permainan saham ini.
Ada beberapa kawan saya yang telah mambuat untung ratusan ribu ringgit, dalam tempuh mereka berdagang sehingga January 2011, baru ini. Masa saya sembahyang maghrib baru ini di sebuah Masjid, saya disapakan oleh seorang kawan. Beliau langsung mengucapkan terima kasih kepada saya. Tersentak juga saya, apa yang saya dah tolong dia? Betoi Haji kata, buat yang lain buat apa, saya dan(sempat) buat RM200 ribu lebih! sambung beliau. Baru saya dapat maksudnya terima kasih tadi, yang dia akui akan cadangan saya itu menguntungkan. Dia berjumpa saya bulan Ogos 2010 lepas , dan bertanya apa peluang ada, lalu saya cadangkan, saham BSKL,. Kata saya. Dekat pilihanraya , biasanya saham akan di lonjak oleh kerajaan untuk menunjukan prestasi BN. Dan kerajaan nak cari duit untuk belanja pilihanraya! hujah saya.
Tapi mulai February 2011 ini, BSKL dilihat menjunam, dan nampak susah dipandu kerajaan untuk dilonjakkan semula. Kesan kekacaun di Timur Tengah, Mesir, Tunisia, Yaman, Libya, Bahrin, akan memberi kesan panjang kepada ekonomi Malaysia.
Nampaknya senario BSKL tidak seperti sejrah 6 Pilihanraya Umum lalu. Nampak kali ini, kerajaan hanya mampu membantu kaunter terpilih sahaja untuk pulihkan, tapi ribuan kaunter BSKL ini terus menjunam. Petang tadi sempat saya berbual dengan kawan yang menjadikan Bursa Saham sebagai bonus tahunan peribadi beliau. Bisanya dia membuat jutaan ringgit , setahun sebelum pilihanraya umum Malaysia. Dalam Bursa Saham Malaysia, sebagai contoh TM bernilai RM3.98, sedangkan harga saham syarikat-syarikat Telekom di Bursa Saham di seluruh dunia melebihi RM7.50. Keadaan ini menyebabkan kami rumuskan, BN boleh junam sama dengan BSKL, kalau PR pandai dan berkesan dalam berkempen.
Comments