PAS Baca Cerita Si Luncai

Keputusan PRK di 2 negeri, Pahang dan Melaka telah di putuskan dan, semua telah melihat yang mana , pihak BN telah berjaya memulihkan jenteranya dalam menghadapi PR. Dalam menghadapi dua PRK ini.

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi.
DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi.

Kita mungkin bertanya, apa sudah jadi dengan PAS? Himpunan Pemuda 30 ribu di Kedah, yang mana, rekod kehadiran melepasi sasaran, Hebat! Hebat! Ceramah Umum , melimpah ruah. Kenapa sokongan ini begitu jadinya? Jawabnya kita syiok dilamun.

Ada beberapa teguran yang membina, tapi ditolak oleh PAS, seperti Dr Aziz Bari, Dr Abu Hassan Hasbulah, dan ramai lagi. Lebih malang lagi, semua badan penyelidaik yang membuat kaji selidik, akan dianggap oleh PAS, sebagai agen yang cuba memfitnah atau melemahkan PAS. Kalau fakta dan suara itu dari dalam PAS, sah orang ini akan disisih.
Kalau Nabi Sulaiman membunuh Hud-Hud, yang lambat sampai meting, atau membawa berita, ada kota lain lebih indah, baik, tetapi menentang, sudah pasti Istana Balkhis dan putrinya, terus menjadi kufur. ** BN mengupah, agensi besar membuat kajiselidik untuk di ubahsuai.

Bloggers yang memuji dan mengampu dengan kata "PAS Parti Terbaik". "PAS Parti yang tiada cacat", "Orang Cina semua sokong PAS","Golongan muda dah bersama PAS", kumpulan ini saja akan di dengar oleh PAS.

Kalau ada Bloggers PAS dan Penyokong PAS yang buat kritikan, "PAS tidak urus negeri menang dengan baik. PAS tidak sediakan program penerangan berkesan. PAS tidak urus selia Penyokong",maka mereka tak akan dipanggil,malah disisih darisemua perjumpaan, jamuan, atau taklimat. ** BN sentiasa memanggil, menghargai maklumat Bloggers dalaman mereka yang kritik membina, sebagai mata-mata mereka.

Kalau kita lihat pengurusan daftar ahli pun, beribu yang hilang , bukan sekadar borang, dengan wang daftarnya sekali. Ada tindakan dari PAS? Atau sememangnya PAS tak pernah tahu pun, yang permohonan ahlinya tercicir, hilang, ditelan. Kalau yang asas itu pun tidak diuras , macam mana nak berdepan dengan musuh.** BN pula sentiasa tingkatkan pengurusan ahlinya.

Kalau PAS, memerintah 10 negeri di Malaysia, maka sepuluh kaedah Islam kita akan dengar? apa tu? kita tiada selaras kaedah perlaksanaan, tiada ketua yang mampu memimpin penyatuan pemikiran dan tindakan.** UMNO kata 1 Malaysia, semua negeri, agensi dan pertubuhan dia senada dan seirama.

Bila kita turun nak bantu PRK, pastinya jentera PAS akan sediakan jadual penceramah dan himpunan pemimpin besar PR. kalau kita tanya , mana orang susah, anak yatim, ibu tunggal, orang sakit, maka tergagau-gagau lah jentera mencari dalam semak kampung dan UPU. UMNO,BN pula, semua jentera parti akan menumpu mana sasaran pengundi yang perlu dibantu, apa sumbangan besar yang boleh dibuat supaya nampak berkebajikan.

Kalau zamah Sutan Salehuddin Al-Ayubi, di asak dan kalah. Satu demi satu wilayahnya jatuh ke tangan Richart The Lion. Ini keadaan yang berlaku pada kejadian serang balas, selepas Turki berjaya merampas sebahagian besar Eropah. Setelah Salehuddin gagal mendapat kaedah tindakan dari mesyuarat para pembesar negara Beliau umumkan kepada rakyat. Minta formulanya, dan sesiapa yang berjaya, dianugerahkan Takta kerajaannya, walaupun si pemenang yang menyelamatkan Turki berjaya, dia tak ambil tawaran tersebut, sebab dia sayang pemimpin yang benar iklas dan telus, dan si bijak ini hanya mengharap keredaan, anugerah Allah semata-mata. Salihudin pula benar-benar berserah kepada Allah, tak takut hilang takta yang ditawarkan. Logiknya,' kalau dia gagal dia tetap hilang taktanya' , dan menjadi raja tanpa kuasa!! syiok sendiri namanya tu...

Mungkin konsep kepimpinan Ulama yang difahami. 'Manusia Melayu semua mesti wajib sokong Ustaz' (tanpa soalan atau bantahan), yang beserban jubah, walaupun dia tak buat apa? Siapa lawan, dia akan kata.,, Waris An-Bi'a!!, Semua yang tak beserban dilihat sebagai lemah Iman dan tak layak menjadi beriman. Dan walaupun berbuih mulut si serban mengajar ' Serahkan Sesuatu Urusan Kepada Ahlinya', atau ' Sekiranya Sesuatu Urusan Diserah Kepada Bukan Ahlinya, Tunggulah Kehancuran!!'( sekarang bukan masa kehancuran?)... Cina, India, macam mana? Nasib baik PAS ada DR Mujahid, yang sanggup buat Kelab Penyokong PAS, walaupun sekarang sudah di ubah kepada DHPP, dan sedang membeku dibawah pengurusan barunya, dan silap haribulan, Dr Mujahid pun di letak didapur parti lepas ini, kerana bukunya yang mengajak parti urus masa depan !!!

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing