Skim Bunuh Masa Depan Belia

Bersama Pimpinan PAS Gelugor, Pulau Pinang.
Disambut Cawangan PAS Bayan Lepas.
Program Sembang Makan Pagi di Gelugor.
13hb Mac; Yb Khalid Samad, ketika Sembang Minum Pagi, beliau menjelaskan bentuk kerajaan BN yang membunuh rakyat dari sudut ekonomi dan potensi. Tindakan kerajaan mengumumkan pinjaman perumahan kepada golongan belia 2 hari lalu, sebagai tindakan yang bakal membentuk rakyat muflis sejak zaman muda lagi. Belia yang bukan layak membeli, iaitu mereka yang tidak berkemampuan bayar balik pinjaman perumahan, akan disogok dengan skim ini. Pada akhirnya, dalam masa tak sampai 3 tahun, belia ini akan muflis, kerana tidak mampu membayar pinjaman rumah yang beratus ribu itu.

Ini telah terbukti dalam beberapa dasar kerajaan yang mengula-gulakan belia seperti pinjaman kereta 100%, Kad kredit yang mudah diperolehi, seperti dipamerkan di bawah.
Seramai 1,046 belia di bawah umur 5 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh lima tahun lalu akibat gagal melunaskan hutang terutama yang melibatkan sewa beli kenderaan dan pinjaman peribadi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, punca lain adalah pinjaman perniagaan iaitu 77 orang (7.4 peratus), penjamin sosial 52 orang (5 peratus), penjamin korporat 18 orang (1.7 peratus), hutang cukai pendapatan enam orang (0.6 peratus), pinjaman pelajaran dua orang (0.2 peratus) dan seorang kerana hutang kad kredit (0.1 peratus).

"Menurut rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), bagi tempoh lima tahun (2005 hingga 2010), jabatan ini mentadbir sebanyak 83,389 kes kebankrapan dengan sebanyak 1,046 kes atau 1.25 peratus melibatkan belia berusia bawah 25 tahun,"

Akhirnya, negara terpaksa menangung beban belia yang hilang upaya ekonom,i dan kemampuan masa depan. Sekaligus meruntuhkan ekonomi negarapada masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing