TENTERA JANGAN LIDAH BERCABANG

Pasukan keselamatan berkecuali, tidak tunduk tekanan politik

SUNGAI BESI: "Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana kami bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara," kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin (sebelah).

TOKOH RAJA LAWAK 2011(gambar sebelah)






Bila saya terbaca berita diatas, saya lantas merasakan, Tentera kita sama macam Tentera Ghadafi, di Libya. Apa tidaknya, semasa saya mula hadir di Pilihanraya Umum, pada tahun 1986, di pusat pengiraan undi sekolah MRSM Balik Pulau. Saya dapat lihat dengan mata saya sendiri, tentera yang mengawal semua gerakkerja BN. Masa itu yang bertanding, calon PAS, Hj Mohd Hashim. Saya masih ingat, kami makan nasi bungkus di kaki lima bangunan sekolah, tiba -tiba lalu sekumpulan 3 orang tentera , salah seorang dari mereka berpaling ke saya, dan meludah dalam bungkusan nasi yang sedang saya makan, sambil memaki hamun dengan kata-kata kesat.

Saya masih belasan tahun masa itu, perasaan takut, dan dalam masa yang sama, membenci dan dendam Pegawai Beruniform, mula terasa dalam jiwa mentah saya. Zaman itu siapa pun tidak akan dengar walaupun jeritan darah yang saya hamburkan. Bayangkan, Memali baru saja berlalu, merekalah, tentera yang membunuh, tanpa ada belas kesihan kepada wanita dan anak kecil yang menangis dan ketakutan, ada mereka dengar, atau belas kasihan? Ada mereka berkecuali kepada arahan UMNO masa itu?

Sekarang mereka nak kata mereka tidak memihak! Bo-Shit Panglima ooi!!. Setelah lebih 25 tahun berlalu bukan sekadar mata saya yang jadi saksi lagi, malah Lensa saya dan kawan-kawan saya telah merakamkan bersama, di Pilihanraya Tenang, macam mana Tentera jadi anjing pecacai BN , gotong royong dengan MCA dan lain lain.

Sekarang merekalah yang menjadi tenaga BN di kedua PRK, Kerdau dan Merlimau. Kalau Panglima Tentera nak bukti, library gambar, saya nak berikan kepada mereka. Itu dalam negara, malah di Luar Negara ingatkah kamu akan peritiwa di Mogadishu, siapa yang membantu US Army, dalam beberapa siri operasi khas, membunuh umat Islam disana. Di Lubnan , siapa yang bekerjasama memberi ruang dan maklumat kepada Israel, setelah Israel akur akan kejayaan Hisbullah menentang Israel, sehingga lari Tentera Israel lintang pukang.

Ingat !! dosa kamu di Memali, dan di Balik Pulau,belum terlangsai lagi! cuma tunggu masa dan ketikanya!

Berkecualilah sekarang sebelum angin Mesir, Tunisia, Yaman, Libya sampai...

Tentera yang lembik longlai , mau cakap lain kali, mesti kencing dalam tempurung dan cermin muka dulu, nanti nampak lidah sudah bercabang.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing