Menang Lawan Pihak Mercedes

Saya baru balik teman kawan ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna, di Bangunan Syed Putera, Georgetown. Dia hadir untuk tuntutan dia, Mohd Faez lawan Mercedes. Yang menjadi pengedar rasmi Mercedes Malaysia, ialah Lowe Motor.

Kawan saya minta saya hadir sama, sebab nak ambil semangat , katanya. Ini kerana saya pernah lawan Polis DiRaja Malaysia di Mahkamah. Kes ini kerana saya didakwa, tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Kejadian kes sekitar tahun 2000. Perbicaraan berjalan hampir 2 tahun dengan keputusan saya menang.

Memang agak merudum semangat saya semasa saya mula nak hadapi kes ini di Mahkamah, kerana saksi yang saya harapkan, seorang kawan yang duduk disebelah saya semasa memandu tidak mahu menjadi saksi sebelah pihak saya.

Selepas menang, saya berterima kasih kepada I.O Polis yang bertugas, kerana telah memberi pengiktirafan kepada saya, sama dengan seorang peguam. Saya jadi Peguam sendiri selama hampir 2 tahun.

Secara peribadi, hari ini kawan saya pula merakam sejarah peribadinya yang amat bermakna.

Mohd Faez Bin Kadin Lawan pihak Mercedes! Kawan saya menang, bukan dengan syarikat bertaraf cicak mengkarung , tapi raksaksa dunia dalam industeri Permotoran. Beliau yang bertindak mendakwa pihak Mercedes yang cuai dalam menyelia kenderaannya, sehingga menyebabkan tayar kereta Mercedes 'D' class rosak tak sampai 12 ribu kilometer digunakan.

Pihak Mercedes pula dalam pembelaan menyatakan. Bahawa tayar tidak termasuk dalam jaminan perjajian jual beli kereta tersebut. Dan Kawan saya ini tidak hadir ke bengkel Merc, pada tarikh yang mereka minta dia rujuk semula keadaan keretanya. Merc pula berhujah.Oleh kerana kawan saya ini telah menggunakan bengkel luar, maka jaminan keatas kereta itu terbatal.

Kawan saya dalam pembelaan berkata, ini sudah jadi macam cerita 3 Abdul. Oow, 'Sebut saja 'Hospital' hilang harta pesaka ya!.

Saya membeli kereta Mercedes baru, dan saya telah datang kepada bengkel Merc untuk mengadu akan beberapa kelemahn pemanduan, dan pihak mercedes telah menggantikan absober , tetapi bila saya bertanya , adakah perlu dibuat alignment kepada kereta ini, makanik Merc kata, tak perlu!. Selepas sebulan guna, tayar saya haus sebelah, saya minta khidmat bengkel lain, sebagai pandangan pihak ketiga, dalam menentukan kesan tayar kereta saya haus sebelah. Bengkel tersebut memberi pandangan. Setiap kereta yang tukar absober mesti buat alignment. jadi saya salah, kerana ambil second opinion? Ooow, Tanya saja bengkel pihak lain, perjanjian batal?

Akhirnya penghakiman memihak kepada kawan saya, dan pihak Merc , diminta bayar balik tayar dia yang rosak. Dia pun ajak kami makan, dan belanja makan tengahari, duit belum dapat, wang saku dah keluar!!!!

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan