JOM KEMBARA

Menjelaskan Kerjasama Yang DiUsahakan Bakal Meninggalkan Kesan Besar.
Penyelaras D.U.N. Hj Mohd Tuah dan Hj Rosdi
Sedang Mengamati Perbelanjaan Yang Akan DiGerakkan ini.
Persetujuan Penyelaras DUN dan Usahawan Yang Menganggotai Mutiara Infaq,
Komiti Anak Yatim.

Mutiara Infaq(MI) , Komiti Anak Yatim, terdiri dari usahawan yang membantu anak yatim. MI, memilih anak yatim yang masih tinggal dirumah bersama keluarga mereka. Malam ini sekali lagi MI, dalam siri jelajahnya memilih 9hb April 2011, Sabtu, untuk kembara mencari anak yatim.

'Kembara Selamat, Generasi Pewaris'. Tema yang diguna untuk kembara kali ini. Bermula di Dewan Undanga Negeri Penaga, sebelah paginya, anak yatim dicari dan diberi bantuan. Makan pagi, dan beramah mesra bersama pimpinan tempatan, diketuai oleh peguam muda, Hj Rosdi Husain yang menjadi penyelaras D.U.N Penaga, dan penduduk setempat. Kembara ini terpaksa dihadkan penyertaan motor, hanya 50 buah motor sahaja dari setiap D.U.N. Ini kerana terlalu
ramai yang ingin turut serta, MI tidak mampu mengawal kumpulan yang terlalu ramai nanti.

Sebelah tengahari, kembara ini akan singgah di Kepala Gajah, D.U.N Sungai Aceh, bersama Penyelaras D.U.N, Hj Wan, dan anak yatim disana. Makan tengahari, sampaikan sumbangan dan beramah mesra bersama masyarakat tempatan serta solat Zohor, sebelum bertolak.

Rombongan ini akan meneruskan perjalanan ke Kampung Perlis, Balik Pulau, dalam D.U.N Pulau Betong. Hj Mohd Tuah yang menjadi Penyelaras D.U.N yang akan menyambut ketibaan kembara ini disana. Najmudin Hashim, Pengerusi JKKK Kampong Perlis akan bertindak selaku tuan rumah kepada anak yatim.

Kembara ini akan meneruskan perjalanan ke Masjid Jelutong, bersama Hj Mohd Yusof, Pengerusi Masjid Jelutong dan Ahli Majlis MPPP, dan menamatkan misi ini dengan jumlah motor melebihi 100 buah. Kembara yang bakal menarik minat generasi muda ini, berakhir di Karnival Sejahtera Harmoni, bersebelahan masjid Jelutong. Sebelah malamnya cabutan bertuah, dengan hadiah Bonanza berupa Kereta dan motor, serta 100 barangan bakal dimenangi pengunjung.

Mereka semua ini telah hadir berbincang pada malam ini di Permatang Pauh, bersama dengan Najmudin Hashim, Pengerusi JKKK Kampong Perlis. Hj Izham, Pengarah Mutiara Infaq dan Lembaga Mutiara Infaq, terdiri dari Zaini Aboo Hassan CEO Tunas Indah Niaga, Drs Nazri Abdullah, Pengurus TNI. Hj.Elias Md Lazim mewakili Perniagaan Elias. Hj Faez Kadin, Pengurus FEEZ. Hj Kamarudin Pemilik sebuah syarikat kontraktor, Ust Fadli, Hj Johari Omar Pemilik Fast Lane. Sabarulazman peguam. Abdul Razak, Juru Elektrik. Mereka setuju meluluskan RM 11,000.00(Ringgit Malaysia Sebelas Ribu sahaja) untuk menjayakan 'Kembara Selamat Generasi Pewaris'.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing