MUFTI: Haram Video Sex


KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

Dari segi fakta, Mufti Perak sahaja yang buat kenyataan, atau ada lagi yang tak disiarkan. Malaysia menjadi negara penjenayah, sekiranya benar suasana dan keadaan pemnberitaan masih begini. Semua berita bohong dan provokasi menjadi bahan memeriahkan dada akbar, dan melariskan jualan.

Orang politik yang berkuasa pula, menggunakan media untuk fitnah, dan media jadi alat serta senjata lawan musuh politik mereka. Masyarakat menjadi punah dan rosak sebab dihidangkan dengan jenayah kerajaan dan dihalalkan kerajaan. Pemimpin utama kerajaan seperti menteri dengan selamba menyokong jenayah berita
KUALA LUMPUR: Trio Datuk 'T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes. Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam. Bagaimanapun, mereka boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi.

Malaysia Negara Penjenayah???


Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan