SEX, Tajuk Menarik Atau Isi Pilihan Malaysia
Hanya Kerana Tajuk Buku Yang Sensasi, Buku Berhalaman Kosong Terlaris Di Pasaran Britain.
Buku berharga £4.69 [RM 25.00] itu pada awalnya, dipasarkan hanyalah untuk dijadikan sebagai hadiah. Dan untuk kajian selepas catitan dibuat kemudian dianalisa. Tetapi berubah menjadi rebutan akhirnya.
DiMalaysia pula,pada akhir 2010 MPH Bookstores Sdn Bhd, melapurkan KOLEKSI buku berkulit kuning setebal 286 muka surat itu tersusun rapi di atas sebuah meja. Ilustrasi seorang puteri dan putera raja, lelaki berjanggut, kapal yang belayar di lautan serta beberapa ekor haiwan seperti sang kancil, seekor merpati dan tupai menghiasi muka depan buku tersebut. Buku bertajuk 366 Cerita Rakyat Malaysia itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
5000 buah telah terjual di MPH cawangan Alamanda sahaja.
Tahun 2011 juga merekodkan, Prof Dr Muhd Kamil lebih dikenali melalui buku umum beliau, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang sudah terjual melebihi 40 000 naskah di pasaran terbuka. Ia merupakan salah satu buku terlaris di Malaysia. Buku motivasi dari kisah perjalanan ini menarik minat pelajar dan golongan dewasa lainnya . Buku sedang menjadi alat utama di Malaysia untuk berhubung dan mampu memberi pulangan yang lumayan. Keadaan berubah menjadikan gaya barat dalam budaya menulis dan membaca.
Buku Dr Mujahid 'Menuju PAS Baru' yang diadaptasikan dari tesis PHD beliau dalam menyelasaikan Doktor Falsafah. Kajian beliau tertumpu pada 'KRISIS', dan menjadikan organisasi politik yang tidak berasaskan keuntungan dan tiada kuasa pemerintah, sebagai subjek. Buku ini kini menjadi rebutan sehingga tiada dalam pasaran. Buku yang diterbitkan oleh Malaysian Insider ini telah diulang cetak, tapi masih sukar didapati di pasaran.
Pengedar utama buku ini telah menempah lagi, bagi memenuhi permintaan. Apakan fenomena orang kita sudah berubah kepada masyarakt pembaca? Kalau Dr Mujahid ke kuliah atau ceramah, ramai datang bertanya, 'ada buku Ustaz?'. Beliau menjadi ahli politik yang papular dengan buku ini, sehinggakan ada musuh politik beliau mengambil keputusan untuk senyap dan jangan komen, untuk elakkan Dr Mujahid dan bukunya lebih popular. Tapi sikap rakyat Malayia yang berubah, dengan menjadikan buku sebagai bahan bukti, ilmu dan rujukan mencambahkan
lagi pasaran dan kedai buku pada masa depan.
Comments