PAS Tak Buat Kerja?

KUBANG PASU 14 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui bantuan pertanian bernilai RM13 juta yang disediakan oleh kerajaan negeri tidak mendapat sambutan sewajarnya daripada warga tani di negeri ini.

Ustaz PAS telah mula menjadi liabiliti kepada parti sendiri. Kerana mereka asyik berceramah benda dan tajuk yang tidak mendasari kehendak masyarakat. Sebab itu mereka sentiasa menjadikan pilihanraya umum sebagai masa berceramah dan menghentam. Keputusanya , masyarakat makin menjauhi PAS.

“Mereka (petani) tak faham dan tak tahu ada bantuan ini, jadi mereka tak minta, walhal sepatutnya mereka boleh mendapatkan bantuan ini jika memenuhi syarat-syarat ditentukan,” kata Azizan kepada pemberita selepas melawat Ladang Nanas Laka Temin di sini, hari ini.

Bayangkan kalau semua para Khatib menjadikan Jumaat sebagai alat sebaran, seperti kehendak Islam sebenar. Terangkan semua dasar kerajaan Kedah. Kegiatan kerajaan Kedah. Agenda kerajaan Kedah. Pasti kita tak dengar lagi kata, 'BN guna media, BN guna Jentera kerajaan'.

Bayangkan, apabila semua masjid di Kedah di Khutbah oleh Ustaz PAS, masa yang sama, rakyat tak tau apa kerajaan Kedah buat. Khatib di Kedah ni, tentu syiok sendiri, Berapa fasih dan telo Arab dia, macam orang Arab asli? Macam mana dia boleh kaitkan ayat Quran dengan musuh dia? Akhirnya makmum terus bengong, dan tak dapat apa menafaat dari khutbah Jumaat yang wajib itu.

Kumpula pelaksana pula, terus dengan usaha mereka yang terhad, menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan.

Bila la PAS nak cerdik, kalau dok biarkan puak ustaz kolot terus dominan Parti. Ubah dan Selamatkan PAS

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan