BN:Rogol Bawah Umur(Zina)

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan oleh PDRM.

Kenapa rogol bawah umur meningkat? Banyak kalangan polis mendedahkan, kes rogol bawah umur ini sebenarnya, melakukan zina dikalangan remaja bawah umur, bukan dirogol secara paksa. Kerajaan Malaysia yang sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh, dalam kejadian zina yang berleluasa ini, walaupun kerajaan menukar istilah 'rogol bawah umur'.

Bermula dari sifat malu yang di hakis dalam asuhan oleh kerajaan selama 10 tahun secara langsung di alam persekolahan. Pengalaman saya sekolahkan anak perempuan di sekolah kristien(St George's Girls' School) yang khas untuk pelajar perempuan sahaja. Pelajar disini amat janggal untuk bersama dengan lelaki. Kalau mereka terpaksa kekawasan yang ada lelaki, mereka seperti rusa masuk kampung , atau menjadi malu untuk menonjolkan diri mereka. Sifat malu dengan gender yang berbeza ini menyelamatkan mereka dari berlakunya zina semasa zaman sekolah, melainkan keluarga mereka membiarkan anak gadis mereka ini keluar semasa cuti.

Anak lelaki saya pula, saya sekolahkan di sekolah Sains. Asrama saja memisahkan pelajar lelaki dan perempuan. Bilik darjah, aktiviti dan rehat petang, mereka seolah digalakan bersama lelaki dan perempuan. Saya dapat lihat kelaku pelajar sekolah ini berduan lelaki perempuan, bermain sukan bersama, yang memberi ruang menaikan ghairah nafsu anak baru baligh ini, yang sememangnya nafsu sedang memuncak bergelora. Bekas pelajar perempuan yang pernah bersekolah disini pada tahun 80an dulu, ada yang menhantar anak disini. Mereka mengeluh, 'Dulu masa kami, nak lalu depan lelaki pun, rasa serupa nak lintas kandang harimau, takut, malu', Keluh mereka.

Seorang Sikh, yang pernah menjadi aktivis Kristien. Selepas memeluk Islam, beliau aktif berdawah kepada orang bukan Islam, menyatakan kehebatan Islam ini. Satu hari saya jemput dia berceramah disebuah Masjid yang 100% Melayu tinggal di Kampun itu. Dalam ceramah beliau, beliau cuba soalkan pendengar Sekolah Kebangsaan itu orang Kafir yang mengajar ka, dan mentadbir? Menteri Pelajaran orang bukan Islam ka? Pegawai kakitangan JPN, PPD, semua orang bukan Islam ka? Kenapa anak-anak kita di campur lelaki dan perempuan. Diajar kencing berdiri di tandas yang tersedia mangkuk kencing berdiri? Beliau sambung soalannya.

Saya semasa dalam Agama Kristien, sentiasa rasa tercabar dengan ketinggian amalan Islam. Setelah saya peluk Islam, saya dapati Orang Islam yang merosakkan Islam.

Kalau PAS dengan sayap Muslimat mampu mengenagahkan isu ini, satu kejayaan besar pasti .
Pemuda PAS pula menjadikan PASTI sebagai model Sekolah Islam kelolaan mereka sebagai contoh, kan baik. Sekarang sekolah berasas gereja pula yang menjalankan pemisahan lelaki dan perempuan. BN yang UMNO tunjang, dah lama paksa anak kita membelakangkan Sunag dan Al Quran dalam amalan harian. Selamatkan Malaysia!!!



Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan