Perluaskan Kerjasama Kebajikan

Anak Yatim Sedang Menjamu Selera di Restoran O.J (Osman Jailani)
Kampung Datok Harun, Petaling Jaya

DiJemput Oleh Sahabudeen Jalil , Tauke Perniagaan Memborong Di China.
Yang Menaja Makan Malam Bersama Anak Yatim


Anak yatim mejadi pilihan sebahagian dari koperat atau usahawan, untuk menabur bakti. Selaku Penasihat Mutiara Infaq, Komiti Anak Yatim, saya berpeluang bersama seorang sahabat yang berjaya dalam perniagaan, Perunding Pelancungan dan Memborong di China, dalam majlis makan malam bersama anak yatim, di sebuah restoran di Kampung Dato Harun, di Petaling Jaya.

Syabas! Shahabudeen Jalil, seorang yang boleh bertutur dalam banyak bahasa. Ada bahasa yang baru dicipta esperanto , pun beliau kuasainya sekarang. Beliau yang bermula dengan memberi khidmat perunding kepada kumpulan kecil di bilik-bilik kecil 2 tahun lalu, kini telah berjaya menjadi tetamu TV3 dan AWANI dalam membimbing orang ramai yang berminat dalam perniagaan memborong diChina dan dijual keMalaysia atau seluruh dunia

Malam ini beliau angkut satu bus anak yatim untuk dijamu dengan nasi Arab disini, Beliau juga mengundang Suhaime Ramly, ketua kontijen Malaysia dalam perlawanan matematik dunia setiap tahun, yang boleh dihubungi www.suhaimiramly.wordpress.com. Mohd Hashim yang menjadi mentor beliau, juga turut dijemput sama, dan anak Abang Rashid, dia seorang yang mempunyai restoran diMekah, serta beberapa kawan lain yang saya tak berapa ingat nama.

Dalam perbualan tadi, Shahabudeen ajak saya berjalan dari London ke Mekah pada bulan July ini. Masa yang dirancang 20 hari. Saaya akan pertimbangkan, sebab hujung April ini saya akan ke Turkey melawat industri pengeluar kertas thrmo, untuk mesin E.C.G, mesin C.T.G dan Ultra Sound ! Janji saya. Turkey negara pengeluar, tapi di Asia Tenggara ini, Singapore menjadi pengedar tunggal. Selepas itu saya akan terus tunaikan Umrah. ! Cerita saya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan