Video SEX Alihkan Isu Ekonomi

Kawan saya telah hadir ke pameran jualan kereta di sebuah pasaraya. Seperti biasa dia bertanya, kalau beli SAGA ni, bila boleh dapat? Tak tau abang! mungkin 2 bulan, atau tak tau bila! Jurujual tu jawab. Kawan yang nak beli kereta pada anak perempuannya, semperna baru dapat keputusan peperiksaan baik. Dia jadi hairan dengar jawapan jurujual tadi, jawapan yang diberi luarbiasa, bukan seperti jurujual, tapi macam tok bomoh pula.
Setelah bersoal, baru jurujual itu maklumkan, yangmana pengeluaran kereta Malaysia terjejas kerana Tsunami yang melanda bandar serta
wilayah Onahama, Kesensuma, Miyagi dan Fukushima di utara Jepun,..Banyak komponan kereta dibuat di kawasan ini.

Seorang kawan turun dari kapal terbang awal pagi. Dah ada masa kosong pagi, dia call saya ajak minum. Saya bawa dia makan tempek nyior, capati asli, dan cucur udang, macam emak masak
dirumah. Dalam dia melayan nostalgia dizaman sekolah rendah, masa emak dia masak menu pagi ni, maklum, orang susah dulu, buat jemput-jemput pisang atau cucur kodok kata orang Pulau Pinang. Pisang masam yang ada biji, dijadikan kueh-mueh. Masa makan, jenuh sembur biji pisang keluar dari mulut.

Sedang asyik menjamu selera yang enak ini, dia bercerita tentang syarikat dia. Sekarang dah suruh purchacing department, jangan buat tempahan glove(sarung tangan kain untuk kerja) dah, jangan order kotak atau pembalut barang lagi. Syarikat dia menjadi vendor pembekal kepada Proton. Kawan saya ni dah mula pening, memikirkan masa depan syarikat dan peluang masa depan. Bila saya minta penjelasan lanjut akibat Tsunami, dia menjelaskan, bahawa di Jepun sekarang Letrik di catu, satu kawasan hanya 3 jam
dibekalkan letrik. Semasa saya di Aceh dan Medan, saya kerap mengalami catuan bekalan elektik, tapi 2 jam setiap kacematan(daerah). Pekerja industri automotif dan lain-lain, dikerah bekerja tanpa gaji. Kerja mereka sebagai pembersih kilang dan bandar dari sampah, lumpur dan runtusan kesan Tsunami, dan mereka sebagai sukarelawan. Toyota, Honda, Nisan dan lain-lain jenama kereta Jepun menghadapi situasi sama! Tambah dia lagi.

Sampai bila kesan ini akan mempengaruhi ekonomi dunia dan Malaysia. Kesan ini pasti akan sampai dan ketara, paling kurang 2 bulan lagi. Kalau di India, kerajaan akan galakkan filem panjang Hindustan bagi mengisi ruang kesusahan rakyat.Mungkin sebab ini., video sex disebarkan di Malaysia.




Comments

Anonymous said…
hai bnyk duit kwn hang ank dpt keputusan baik beli kereta....hebat sah org umno..
Zolkifly said…
Kurafat Melayu,,,Kaya mesti UMNO !!!
Anonymous said…
kalau tak umno pun tu budaya umno laa

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing