PAS: Selamat Tinggal Muda-Mudi Malaysia

Pas kehilangan pengundi muda di kesemua 6 pilihanraya kecil kebelakangan ini. Undi yang dulu semasa PRU 12, PAS mendabik dada dengan berkata, kalau sekiranya SPR mendaftarkan pengundi muda yang melebihi 700 ribu orang itu, BN pasti hilang kuasa dan kerajaan. Sekarang senarionya sudah berubah, dan perubahan amat ketara. Angka telah melepasi 55% undi muda meninggalkan PAS.

Golongan muda mudi merasakan PAS terlalu asing dari mereka. Keadaan ini diterjemahkan, kerana muda mudi Malaysia 99% celik huruf, dan lebih 85% celik Komputer, maknanya membaca dan berpengetahuan.

Saya teringat, baru ini, apabila Ustaz YDP PAS, menegaskan yang dia sengaja memakai serban dan jubah dalam perarakan cingei dan tarian Naga,' kerana nak sampaikan Dawa'ah, supaya mereka kenal Islam'. Saya jadi terpinga-pinga, adakah Islam dikenali kerana pakaian jubah, atau Nik Aziz itu di kenali kerana amanahnya, Ibnu Sina itu dikenali kerana kepakaranya. Negara Baghdad dan Cordova di kenali kerana tamadun yang dibukti.

Inilah pemikiran kebanyakan pemimpin PAS, memperjuangkan Islam yang tidak realistik dan tidak berpijak dibumi. Dan amat tidak sampai kepada sasaran pengundi

1 Negara dan dasar yang diperjuangkan PAS amat kabur, Contohnya Undang-Undang
Keluarga Islam dan Peraturan Islam, mempunyai versi berbeza di Kelantan dan
Terengganu(Semasa PAS berkuasa (1999-2004) dan sekarang di Kedah,

2. Kepimpinan yang nak di ketengahkan PAS, terlalu asing dari bidang ilmu dan
pengetahuan mereka. Seperti beruniform (Presiden, Timbalan PAS mesti Ustaz, yang
berlatarbelakang pendidikan Islam sahaja) Pemimpin Berserban semasa Suit baju Kot,
amat janggal bagi muda mudi.

3. Keterbukaan (hanya bersifat terpilih) di kemukakan penceramah dan media PAS.
Sebagai contohnya, Pemimpin tak boleh di kritik, Penulisan yang baik tapi berbeza dari
pemimp tidak dibenarkan siar. Ekonomi , samada teori atau amalan serta syarikat-
syarikat perniagaan yang di siar dalam Harakah terlalu tradisional dan lemah dan
terasing dari dunia pasaran semasa.

4. Peluang ekonomi tidak meyakinkan yang amat ketara berbeza, dalam Budget Kelantan
dan Kedah, kalau nak di bandingkan Budget Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

Dengan Bukti yang terang diatas ini, menjadikan Muda-Mudi Malaysia merasakan PAS yang ada seperti berikut.

1 Pemuda yang ada hari ini amat kecewa dengan PAS yang gagal menguruskan dan
menyediakan kehendak muda.

2. Pemuda-pemudi sekarang semakin jauh dari pas, yang menjadi Parti EXCLUSIF, atau
untuk pihak tertentu sahaja(Ustaz,Ulama, Beruniform)

3. Pemuda-pemudi hanya berhubung dengan PAS melalui acara-acara terpilih dan khusus,
hanya tempat tertentu, dan bersifat bilik darjah, monoloque dan tiada berpeluang libat .

4 Pemuda - pemudi melihat tidak konsisten akan pendirian dan keterbukaan PAS, Terlalu
politik dari kebajikan, sosial dan kesenian.

Dengan kefahaman dan pemerhatian diatas, lalu pemuda membuat keputusan dan diterjemahkan pada peti undi di saluran 4 dan 5 yang menjadi saluran pengundi muda, di PRK Merlimau yang saya pamerkan dibawah.


UNDI POS
BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI 44 JUMLAH 62

MERLIMAU UTARA
SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448

MERLIMAU PASIR
SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 MAJORITI 138 JUMLAH 306
SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 MAJORITI 175 JUMLAH 498
SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467
SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458

AYER MERBAU
SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275
SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408

CHINCHIN
SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270
SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 MAJORITI 226 JUMLAH 481
SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435
SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423

JASIN LALANG
SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 MAJORITI 161 JUMLAH 241
SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307

PERMATANG SERAI
SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275
SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 MAJORITI 199 JUMLAH 480
SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436
SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487

PENGKALAN SAMAK
SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280
SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 MAJORITI 137 JUMLAH 497
SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474
SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477


Calon PAS Hassanuddin Salim pula tumpas di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. Hassanuddin mendapat 2,336 undi manakala Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi. Dalam pilihan raya kecil kali ini, seramai 8,999 pemilih layak mengundi – pertambahan 542 orang daripada 8,451 pada tahun 2008. Manakala peratusan keluar mengundi pula meningkat kira-kira 3 peratus - daripada 80.33 kepada 83.2 peratus.

Berdasarkan keputusan di saluran ketiga di Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni, berbanding 43 peratus (atau 307 pengundi muda) sokongan dalam pilihan raya umum, sokongan kepada PAS merosot 6 peratus kepada 37.44 peratus sahaja. PAS mendapat 423 undi di ketiga-tiga kawasan itu berbanding BN sebanyak 707 undi. Jika ditanya apakah persamaan antara ketiga-tiga kawasan tersebut dibandingkan dengan tempat lain, mungkin satu jawapannya

Jika diteliti undi di kawasan 3+1, PAS hanya mendapat 1,276 undi berbanding BN sebanyak 2,131. Bagaimanapun, tidak harus menafikan, mereka mendapat tambahan 476 undi di kawasan itu.

Saya sudah beberapa kali mengenahkan isu ini kepada pimpinan. PRK 13 ini akan melihat peningkatan undi BN 100 undi, bagi setiap Peti Undi, Kalau setiap DUN ada 9-10 peti undi , maka PAS akan kalah tambahan sebanyak 900-1000 undi, dan kemenangan yang tipis oleh PAS akan disapu oleh UMNO. Oleh kerana PAS asyik dengan himpunan ramai-ramai, UMNO masuk kampung dengan kegiatan...

Kalau PAS terus berdegil dengan gaya yang tidak berpijak dialam Malaysia ini, PRU 13 bakal mengajar PAS, dan PAS parti yang akan menjadi kisah bersamaan dengan Dinasor, di zaman cucu saya.

Mungkin ada orang akan marah pendedahna ini. Kenapa nak dedahkan kelemahan PAS ni di media.. macam saya kata sebelum ini ' Kalau Nabi Sulaiman bunuh Hud-Hud.......

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing