Anak Yatim KADUN Pulau Betong

Inspektor Mohamad Khudri Bin Sulaiman(Wakil Ketua Polis Daerah), Hj M. Tuah Bin Ismail(Penyelaras KADUN Pulau Betong) menyampaikan sumbangan
Sambutan terus menerus mendapat kerjasama yang amat baik dari segenap lapisan dan pemimpin. Program anak yatim yang dipentaskan ini, semakin berkembang dan meriah dari hari ke hari. Kawasan Dewan Undangan Negeri(KADUN) Pulau Betong, telah dijadikan kawasan carian baru anak yatim oleh Mutiara Infaq.

Seramai 23 orang anak yatim yang dibawa oleh beberapa JKKK di sekitar KADUN ini yang di selaras dan seliakan oleh Hj Mohd Tuah telah mendapat lambakan sumbangan dan hadiah yang melimpah ruah oleh peniaga dan orang ramai yang berkunjung disini.

Karnival Riang Ria yang diterajui oleh Zaini Aboo Hassan dan Drs Mohamad Nazri bin Abdullah ini, telah menjadikan acara wajib, pementasan dan perarakan majlis sumbangan anak yatim, di setiap Karnival anjuran mereka. Majlis yang berjalan diperkarangan Masjid Daerah Balik Pulau ini, sekali lagi menjadi saksi kepada komitmen mereka. Kehadiran Inspektor Mohamad Khudri Bin Sulaiman, Pegawai penyiasat, bahagian siasatan Jenayah IPD Barat Daya bagi mewakili Ketua Polis Daerah, serta Hj Mohd Tuah Bin Ismail, Penyelaras KADUN Pulau Betong, telah menambahkan meriah dan bukti sokongan kepada Mutiara Infaq yang menjadi peneraju kegiatan mencari anak yatim yang masih tinggal bersama waris mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing