Turkey 1


'Kalau Turkey bangkit, dunia akan aman balik!' Kata yang sering keluar dari mulut ibu ku. Ianya terasa masih terngiang diteliga ku, semasa tu aku masih 6 atau 7 tahun, kanak kanak yang tak faham apa maksud ibu ku.

Apa bila aku bersekolah menengah, aku mula diajar mata pelajaran 'Tawarikh' dan 'Ilmu Alam'. Sekali lagi aku didendangkan dengan Tukey, sebuah negara ? Tapi versinya lain, tidak sehebat apa yang ibuku letakkan harapan kepada ku itu.

Turkey yang diajar pada aku, ialah senuah negara bangsa, dan Turkey yang moden, dan telah dimerdekakan oleh Mustafa Kamel Pasha dan di gelar Kamal Atartuk. Beliau dirakamkan dalam sejarah moden sebagai wira dan pembawa Turkey moden.

Sejak aku mula boleh membaca lagi, aku sudah pun tercari-cari Turkey yang dimaksudkan oleh ibuku. Setelah belasan tahun baru aku diperkenalkan Turkey, melalui pelajaran sekolah. Agak bernasib baik, kerana aku mendapat seorang ustaz yang sering memberitahuku secara tidak langsung bahawa Turkey pernah menjadi penguasa dunia dengan sistem pemerintahan Khalifah. Ustaz ini juga sering merendahkan Kamal Atartuk yang kianati sistem Khalifah dan, Kamal memperkenalkan sistem negara Bangsa. Azan untuk sembahyang diarahkan dalam Bahasa Kebangsaan, Al- Quran juga mesti dibaca dan ajar dalam tulisan Roman dan sebolehnya dibaca bahasa kebangsaan. Kini aku mula mengenali kata tersirat ibuku, Khalifah Othmaniah, Sultan Muhamed Fatih, Ayub Al-Ansary, Aya Sofia, Constantinople, kenapa Islambul dan Istanbul, dan banyak lagi nama nama hebat di Turkey

Sejak itu aku menaruh harapan untuk menjejakkan kaki ku ke bumi Turkey. Bumi yang penuh dengan sejarah dan bertamadun pada masa dulu. Sekali ini aku membawa isteriku bersama untuk menziarahi Turkey yang aku banggakan sejarah silamnya.

Aku mencecahkan kaki ku ke Airport Atartuk, di Istanbul sekitar jam 1.30 petang waktu Turkey. Setelah selesai bagasi dipungut, terus aku dapatkan agent yang menunggu aku diluar banggunan airport. Silvia nama perempuan pemandu pelancung. Kulit kemerahan rambutnya perang yang kurang terang, dengan badan yang keil, dia agak lincah, dan dia yang akan menemani aku sepanjang ziarah ku di bumi Turkey.

Semasa persiapan untuk berangkat aku dimaklumkan bahawa, Turkey musim bunga. Aku kira, mesti suhunya sekitar 18c-21c sahaja. Persiapan aku sekadar biasa dengan kemeja serta baju 'T' tangan panjang untuk malam dan sehelai baju kot. Alangkah tersilap perkiraan aku, sebab suhu sebenarnya sekarang di Istanbul berada di paras 7c-9c pada siang hari.

Silvia menerangkan kepada ku, bahawa cuaca dunia sudah tidak menentu, sepatutnya kami sudah dapat melihat matahari terang sekarang, tapi cuaca sentiasa berkabus, jelasnya. Aku mula merasakan kebodohan diri, kerana tidak menggunakan teknologi modern yang Allah anugerahkan, Internet. Kalau aku layari awal, semasa diMalaysia, tentu aku tahu cuaca sebenarnya..

Bumi yang aku selalu didedangkan kehebatnya ini, telah aku jejak. Hebat sungguh, Istanbul, Turkey sebelah Eropah ini , pembangunannya pesat, jalannya yang bertingkat dipenuhi kenderaan.

Aku menuju Turkey sebelah Asia, Bursa, sebuah daerah di pinggir laut Marmara yang mempunyai penduduk 2.6 juta dan menjadi bandar ke 4 terbesar di Turkey. Disinilah pusat pemerintahan Othmaniah yang di mulai oleh Osman dan sejarah kegemilangan sehingga menawan Bizantin dan kota kebanggan mereka Constantinople, pada 1326, dan sebuah Masjid Besar atau Ulu Cami dibina pada 1390, dan terletaknya makam Sultan dan keluarganya. Disini aku sempat sembahyang sunat tahiyatul Masjid .

Aku menunggu feri untuk seberang laut Marmara ini, untuk ke ke Bursa. Semasa menunggu Feri sempat aku melihat kedalam laut ditebing tempat feri rapat. Siput Sudu, atau Kupang kata orang Johor, banyak sekali seperti satu susunan bunga mengembang lagaknya. Kalau dikampung ku Pulau Betong, siput ini di ternak dan menjadi sumber pendapatan yang lumayan, tak perlu beri makan, tak perlu beri minum dan ubat, dia membesar sendiri. bukan kita bela dan bagi makan siput, sebaliknya siput tu yang bela dan bagi makan kita kita. Aku mula sedar, Allah beri manusia ini sama sahaja, disini ada Siput Sudu, di tempat aku pun ada. Kalau orang Turkey makan Siput, orang Melayu pun makan Siput juga. Orang Turkey bina Tamadun, orang Melayu bina apa ya? Aku mesti bangun bersama mereka. Mereka makan apa yang aku makan! masakan aku tak boleh jadi sama mereka, atau lebih baik lagi, sedangkan aku makan belacan, mereka tak makan belacan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing