Kaya Kalau Menjaja Di Tepi Masjid
Berniaga, biasanya bergantung pada tempat atau lokasi. Strategik atau tidak tempat perniagaan ini telah menjadi topik perbincangan di peringkat pengkaji dan menghasilkan banyak buku dipasaran, dan menyebabkan penulis seperti Russel L. Brown,, Jeniffer Lee menjadikaya menulis dan melatih hal ini, dan mencambahkan tesis di Kolej serta Universiti berkenaan ilmu memilih tempat berniaga yang berkesan.
Pasaraya Tesco, Giant, Makro dan seangkatannya memilih kawasan luas dan selesa parkir. Bertujuan untuk menggalakan pelangan hadir berbelanja. Manakala 7eleven, Happy Mart, Stall Donat Dunken, memilih tempat yang sesak bagi mendorong pelangan membeli di tempat mereka.
Pengalaman saya berada di Mekah kali ini, menarik minat saya melihat lokasi Masjid sebagai sasaran baik kepada peniaga melariskan jualan dan menjadi kaya dengan berjual di sana. Sejak waktu subuh lagi, wanita kulit hitam yang bepurdah akan datang dengan teksi sapu, pick up, dan berjalan kaki untuk menghampar sehelai kain sebesar 6x6, yang akan menjadi premis perniagaan rasmi dia. Selepas sembahyang sahaja, maka berduyun-duyun orang mengerumuni mereka, tawar-menawar mula bicara. Kelebihan mereka sebagai penjual pula luarbiasa, semua bahasa utama dunia dia boleh bertutur, Arab, Parsi, Ingeris, Turki, Melayu, Urdu, dan bermacam lagi, bahasa isyarat tangan sudah tentu popular.
Penjual ais krim pula mampu menggajikan pekerja 24jam bersilih ganti, bagi memenuhi tuntutan pelanggan. Sambil berdiri dan berbaris di kios, mereka pesan dan makan. Yang tua-tua pun sama saja makan ais krim , mengalahkan budak.
Masa Kampung Kubang Semang, Bukit Mertajam saya mula sampai, saya terpegun melihat kedai kopi 24jam berkongsi pagar dengan Masjid Kubang Semang. Makanan yang di jual, Tuhan saja yang tau, semua jenis kueh, nasi, mee, bihun, laksa, semua dijual. pelanggan yang datang entah dari mana, sentiasa penuh meja yang disediakan. Waktu magrib lampu kedai dipadam sebagai tanda semua kena sembahyang, kalau yang ada juga dalam kedai itu mungkin dia musafir yang sembahyang Jam'ak atau dia telah Jimak. Pengusaha kedai ini semua orang kenal, kalau derma biasanya, dia yang lebih sumbangan. Sekarang sekeliling Masjid Kubang Semang di penuhi Stall, roda tiga dan kios jualan yang amat berjaya menarik pembeli.
Kalau kita ke Masjid Ibnu Abbas di Guang Zhou, China, di depan pintu masjid, kedai dan gerai maju sekali, dan pengusahanya nampak mewah . Begitu juga pengalaman saya berada di Masjid Jamik Queensland, Australia, yang menjadikan jamaahnya sekitar 50km radius, peniaga diMasjid ini sungguh berjaya. Begitulah kayanya mereka yang berniaga di tepi Masjid.

Comments