Turkey di Persimpangan
Persimpangan Timur dan Barat atau Asia dan Eropah. Itulah Turkey. Disini juga berlaku persimpangan yang jelas penganut Sekular dan Islam. Ketika aku melalui Selat Bosphorus yang di rentangi dua jambatan yang menghubungkan antara Turki di Benua Asia dan Turki di Benua Eropah ; Bosphorus Bridge dan Ataturk Bridge. Aku dapat rasakan dua fahaman yang juga memisahkan penduduk Islam Turkey.
Anadolu Kavagi, sebuah menara tinjau yang terdapat di tebing Selat ini, ianya sungguh menakjubkan bagi mereka yang berada diatas sini. Jelas sekali Laut Hitam, yang menjadi sempadan Turkey bersama Georgia, Rusia, Ukraine, Moldova, Romania dan Bulgaria. Apabila dipandang sebelah Laut Marmara yang bersambungan dengan Laut Mediteranean, sungguh mengasyikkan, mungkin disini sebuah menara yang telah dibina oleh Sultan Muhamed Fatih sebagai pengawas kepada lalulintas selat ini. Raja Bizantin menyedari akan kepentingan dan kelebihan menara ini kepada Kerajaan Othmaniah, lalu dia berusaha menembak dengan meriam bagi menghancurkan lokasi strategik ini.
Sekali terpandang, terasa macam aku berada diatas puncak bukit belakang rumah ku di Balik Pulau, Pandang di sebelah kanan, nampak Selat Melaka, nun jauh lagi, Sumatera merintangi samudra. Dihujung utara terletak Pasai, menjadi tempat pertama menerima pengunjung Islam sejak zaman awal Abasiayah, sehingga membawa kegemilangan sampai ke Kota Melaka. Pandang sebelah kiri, tanah besar Malaya, yang menjadi gadaian pada Francis Light ketika Othmaniah di zaman penghujungnya.
Ini semuanya kerja orang dulu-dulu, mereka hidup dizaman mereka, dengan kemahiran dan kebolehan mereka membangun masa.
Zaman aku dah berubah semua orang menggunakan teknologi digital, Telepon Tangan, Camera dan Video Camera semasa berjalan, Hebat orang tua sekarang ni dah pandai-pandai belaka, atau aku yang dah sezaman dengan mereka !!!
Comments