Makan Pagi Di Tawau

Masjid Ladang Dumpas Ketika Jam 6.30 pagi. Terang Matahari dah..


Klinik Untuk Kakitangan Ladang.
Semalan, ada acara makan malam bersama seorang doktor perempuan yang akan menjadi orang yang bertanggunjawab kepada Cawangan DBMHospital Tawau. Dalam perbincangan itu amat berhasil, dan bakal menjayakan misi 5 tahun DBMHospital(Hospital Dewan Bersalin Muslimah ), untuk menguasai 3 penjuru Malaysia.

Selepas makan malam, saya terus dibawa oleh seorang lagi Doktor lelaki yang berasal dari semenanjung, melawat sebuah klinik yang pernah menjadi pusat bersalin satu masa dulu. Sebelah paginya sebelum pulang, saya sempat makan pagi di estet Dumpas. Selepas sembahyang subuh di Masjid Abrar dalam Estet, yang bermakmumkan 5 orang termasuk saya. Dalam Estet Dumpas tersebut ada seorang Pegawai Agama, Seorang Imam dari syarikat . Seorang pembantu Imam, dan Seorang guru agama dari MUIS. Pekerja ladang sekitar 5000 orang, yang sebahagian besarnya tidak ada dokumen pengenalan diri. Semuanya MUSLIM dan majoritinya dari keturunan Bugis.

Rumah mereka semua bersebelahan Masjid, Quarters Syarikat yang baru siap dibina . Rumah 2 bilik dan satu bilik air. Syarikat estet ini dimiliki oleh Perbadanan Sabah, maknanya syarikat GLC le. Semasa berbual selepas subuh, sempat kami bertukar pandangan.

Saya kata kepada para pegawai agama tadi. Kalau di Kelantan, dah tak dak rumah 2 bilik. Semua mesti 3 bilik.

Yang buat rumah ni orang Kristien. Kata salah seorang pegawai agama yang mengimam solat subuh.

Bukan salah tukang rumah, tapi dasar kerajaan Sabah. Sepatutnya dia(ketua kerajaan) menetapkan syarat, rumah mesti sekurang-kurangnya 3 bilik. Tegas saya, membetulkan faham pentadbiran dasar dan pelaksana.

Betul tu, MB Kelantan pandai, masa dia jadi MB tahun 90 dulu, dia terus arah dasar ini. Rumah mesti ada bilik ibu bapa, anak lelaki dan bilik anak perempuan. Seorang lagi pegawai agama tadi pertahankan Kelantan.

Selepas itu saya bersarapan di salah sebuah rumah Ustaz tersebut.

Ini antara sebab kenapa Kelantan dapat bertahan lebih 20 tahun dengan kerja kerja kebajikan rakyat yang berteraskan Islam. Kalau PAS nak bertahan di Kedah, PAS mesti menunjukakn dasar yang jelas, dalam mempertahankan kebajikan rakyat.

Sampai waktu Asar, saya sampai di Penang. Saya buka internet, ada berita PAS akan berjaya pertahan Kedah....

Abdul Hadi yakin PAS akan terus menguasai Kedah pada pilihan raya umum akan datang kerana ia telah mentadbir negeri itu dengan cemerlang. Katanya walaupun tidak sampai satu penggal memerintah, banyak perkara dilaksanakan oleh kepimpinan PAS di Kedah untuk rakyat seperti menurunkan kadar kemiskinan dan membayar hutang kerajaan pusat.

"Insya-Allah kita akan dapat mempertahankan Kedah dan harap tidak menjadi macam Terengganu pada 2004," katanya merujuk kepada pemerintahan PAS hanya untuk satu penggal di Terengganu sebelum BN memenangi semula negeri itu.4 Rumah 2 bilik Untuk Kakitangan Agama Ladang Besebalan MasjidRumah Kakitangan Buroh Ladang yang Ramai, Jarak 300 meter dari Masjid.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing