DBM Hospital: Bakal Ada Di 3 Penjuru Malaysia.

Sebelum menunaikkan Umrah baru-baru ini, saya telah rangkakan secara kasar, Plan 5 Tahun Perkembangan DBM Hospital. Antara sasaran plan ini, menambah bilangan 3 DBM Hospital lagi seluruh Malaysia.

DBM Hospital telah meninjau Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Sebagai lokasi pilihan kepada penubuhan baru. Disini, usaha mengambil kira akan jumlah penduduk dan tahap sara hidup mereka. Kedudukan Jitra sebagai pintu masuk Malaysia juga amat baik kepada peluang pelanggan dan iklan .

Langkah awal DBM Hospital ialah, mendapat tenaga kerja. Ini adalah antara faktor utama, yang akan menjamin sebuah institusi itu wujud dan berjalan. Dari lawatan, tinjauan serta perbincangan yang telah diadakan setakat ini, nampaknya sasaran ini akan dicapai lebih awal dari dirancangkan.

Lokasi sasaran ke 2 DBM Hospital dalam plan perkembangan 5 tahun berikutnya ialah Johor. Johor Baru, Johor, adalah negeri terbaik, dengan pendapatan penduduk yang baik, ditambah dengan penduduk Johor yang berulang alik bekerja di Singapura. Faktor penduduk dan pendapatn penduduk ini, akan memberi kesan besar kepada DBM Hospital. Dengan berlatarbelakangkan pendidikan agama di peringkat asas hampir 100% diterima oleh penduduk Johor ini, DBM hospital akan mampu mengembangkan konsep yang telah 12 tahun di perkenalkan ini. Faktor pintu masuk Malaysia sebelah selatan Semenanjung juga begitu baik untuk promosi.

Sabah yang mempunyai penduduk yang agak ramai, akan menjadi lokasi pilihan ke 3 DBM Hospital, dalam Plan Perkembangan 5 tahun ini. Tawau yang terbaik lokasi DBM Hospital untuk berkembang. Tawau juga bersempadan dengan Indonesia yang hanya 10 minit perjalanan bot kecil, mampu memberi tambahan pelanggan kepada DBM Hospital. Antara penduduk yang berhijrah kesini ialah, mereka yang terdiri dari suku Bugis yang terkenal dengan sejarah penguasaan kepulauan Melayu oleh Raja Haji, dizaman kegemilangan mereka. Raja dan Pentadbiran yang menjadikan Islam sebagai tonggak pemerintah. Penduduk Bugis yang masih kuat beramal dengan Islam, dan menjadi populasi terbesar para muhajirin, pasti menjanjikan DBM Hospital pilihan mereka. Penghijrahan rakyat Pakistan, yang puluhan ribu jumlahnya, telah berkahwin dan bekeluarga disini. Mereka menjadi golongan peniaga yang berjaya. Ditambah lagi dengan penduduk Kristian yang berpegang dengan Old Testement masih ramai disini. Pastinya menjanjikan kegemilangan DBM Hospital dalam memperjuangkan dasar, dan 'Amalan Perubatan Wanita kepada Wanita' menjadi pilihan bersama penduduk disini.

3 penjuru Malaysia, yang menjadi sasaran DBM Hospital dalam mengembangkan sayap, pastinya menjanjikan 1001 kabar baik bagi pengguna, pekerja, peniaga, pembekal dan kerajaan tempatan, bersama mengecapi.

Bagi Doktor wanita dan kakitangan lain yang berminat sila hubungi kami di www.dbmhospital.com. Anda aka dilayan sebaiknya, dan Jom Bersama DBM Hospital.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing