Tiada Tangisan Korban Anak Yatim Di Hulu Langat


Tiada Tangisan dari mereka yang mengerumuni.....
Tiada Raungan dari orang ramai yang berasak ...
Tiada ratapan dari sesiapa yang hadir...

Biasnya suasana yang kita lihat , apabila tragedi berlaku.........Tangisan..... ratapan... Raungan..... dari ahli keluarga terdekat.

Keanihan yang tidak dirasai oleh kebanyakkan penonton dan sesiapa yang mengikuti tragedi tanah Runtuh, tengah hari tadi..

Tapi inilah hakikat sebanar sedang dilalui oleh mereka yang bergelar anak yatim, seramai 48 orang anak yatim dan 7 penjaga yang menjadi penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, 20 dari mereka dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi. Dikenali dengan nama Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Turut berada disana ketika kejadian, warden seramai 4 orang juga dikuatuiri menjadi mangsa tanah runtuh.

Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan program anak yatim, melalui Persatuan Mutiara Infaq , Komiti anak yatim, sebuah pertubuhan yang bergerak aktif di utara tanah air, saya amat memahamai kehidupan anak yatim, dan anak yatim piatu. Kalau mereka masih dijaga oleh ibu mereka lagi, belaian dan kemanjaan akan dapat mereka rasai.

Kalau mereka dijaga oleh waris yang bukan dari ibu kandung. Mereka akan kurang sedikit mendapat manja dan belaian seperti anak lain.

Kalau mereka di bawa tinggal di rumah anak yatim pula, mereka akan menjadi sangat berdikari. Tiada siapa yang akan bersedih atau merasai atau menjiwai sakit demam mereka, kecuali warden yang memikul tanggungjawab sahaja.

Tambah lagi, kalau mereka anak yatim piatu, rumah mereka di potong bekalan air. Di potong bekalan letrik. Dapur tak berasap, tiada siapa ambil peduli. Itu pengalaman saya jumpa, di Baling, Taiping, Balik Pulau, Kubang Semang dan banyak tempat lagi.

Sehingga malam ini, masih tidak dapat disahkan jumlah mangsa korban sebenar, kejadian tanah runtuh ini. Hujan sudah berhenti, tapi pergerakan tanah dikhuatiri berlaku lagi. Pihak berkuasa dan orang ramai, masih berusaha mencari korban yang tertimbus lagi sehingga malam. 28 orang telah disahkan selamat sehingga laporan ini ditulis.

Semoga Allah menggantikan mereka ini dengan syurganya InsyaAlah.

Tahniah kepada Pengasas dan Pengelola Rumah Anak Yatim At-Takwa... Moga doa anak yatim itu berpanjangan sampai akhir...




Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing