Mat Sabu Calon Faboret


Dalam perjalanan balik dari Petaling Jaya semalam, selepas menyambut hari ibu, saya singgah minum dan sembahyang di R&R Bukit Gantang. Orang agak ramai singgah disini. Satu lagi tempat yang menjadi popular sejak dibuka. Kawan saya UMNO Bahgian Bukit Gantang, pada hujung 90an semasa beliau menjadi Setiausaha Politik Menteri dulu, pernah dia tanya saya, apa nak buat di Bukit Gantang ni, kalau nak tolong orang Melayu? Dan dalam masa sama, dia nak kredit dari rancangan itu.. Saya cadang pada dia, Bukit Gantang pernah terkenal dengan sungai air terjun, dan popular dengan buah-buahan. Masa sebelum ada lebuhraya, lokasi ini menjadi pilihan untuk berhenti rehat dan mandi oleh kebanyakkan pengguna, samada lori, Bas, kereta sewa, atau pelancung domestik. Kau buat la kios di Lebuhraya, boleh berhenti makan buah dan mandi sungai. sepontan cadangan saya.

Kebetulan pada masa tu, Bukit Gantang bermasalah dengan penjual durian di sepanjang 3 kilometer Lebuhraya disitu. Jadi PLUS pun bersetuju buatkan, cuma dia tak benarkan orang keluar dari lebuhraya di situ, sekadar berhenti sahaja. Kalau PLUS bijak, mereka akan buat hotel dan parking luas, supaya orang ramai boleh berehat di R&R Bukit Gantang, serta keluar berjalan kaki di lereng bukit yang terkenal dengan sungai, tempat mandi dan berkelah, serta memborong buah tempatan yang fresh.. Bab idea siap dengan nak perendang, jangan risau, selori pun saya boleh bagi, tapi yang nak buat tu......

Selesai sembahyang, sedang saya minum dengan rombongan saya 5 orang, saya disapa oleh YB dari Kedah. Saya tanya dia, mai mana? Muqhasid Syariah! jawab YB. Program besar tu, melobi halal! kata saya. setelah bertanya khabar masing-masing secara ringkas, YB terus ke kaunter jualan, pesan makanan. Bersama dia semasa di meja makan saya nampak 4 lagi kawan YB bersama. Mereka makan mee dan ada durian atas meja yang sudah di buka. YB yang nampak saya menjenguk selang satu meja dari meja dia dan kawan dia, lalu dia mengamit memanggil saya.

Saya terus ke meja YB. Kebun yang tahun dulu enta bawa makan, sekali dengan abang Mat Sabu tu tak ada buah ka? Tak luruh kagi. Kata saya. Kalau dah luruh saya bawa. Sambung saya lagi. Penang macam mana , Abang Mat boleh berapa? Soal YB merujuk pada pemilihan calon Timbalan Presiden PAS. Saya kata Mat Sabu, sekali ni ada peningkatan banyak, boleh cerah peluang. Dia minta saya bantu sama. 80 kawasan dah bagi Abang Mat, kata YB lagi, untuk meyakinkan saya.

Enta jawatan apa la ni? tanya YB. Saya jawatan jalan jauh . Jawab saya . Apa tu? YB tambah mushkil. Mana saya ada jawatan YB, saya asyik berjalan saja, saya baru 4 hari balik dari Turkey dan Umrah, sapa nak bagi jawatan. Jelas saya lagi. YB terus meminta saya supaya lain kali ajak dia sama.

Apa pun. Mat Sabu ada potensi menang. Saya memang bersetuju dengan Dato Husam Musa, 4 bulan lalu, apabila beliau kata. Bagi Mat Sabu saja rempuh puak yang tak kerja parti, tapi kerja lobi ni. Dan Dato Husam buktikan, dengan Kawasan dia mencalonkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing