Fitnah Utusan:Dr Mujahid Dan Yb Jeff Ooi Repot Polis:

Kehebatan PAS terbukti hari ini, apabila PAS mempunyai pimpinan yang berkalibar dan diterima masyarakat serta bertanggungjawab. Dr Mujahid, Timbalan Persurujaya PAS Pulau Pinang, hari ini telah mengimamkan solat 3 jenazah serentak.

Beliau yang hadir ke Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, untuk menziarahi keluarga rakannya meninggal, telah diminta oleh waris 2 lagi jenazah untuk mengimamkan solat. Kejadian ini berlaku semasa Dr Mujahid dalam perjalanan untuk membuat laporan Polis berkenaan fitnah Utusan Malaysia.

Laporan polis telah dibuat oleh Dr Mujahid dan Yb Jeff Ooi 3 petang tadi, di Balai Polis Jalan Petani, Georgetown. Mereka kemudian membuat kenyataan akbar bersama di luar Balai Polis Jalan Petani,

Dr Mujahid dalam repot polis, telah menekan 4 perkara, kejahatan laporan akhbar Utusan Malaysia.

1. Laporan Utusan berniat jahat, Provokatif, bertujuan menghasut kebencian dan prasangka terhadap Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Malaysia.

2. Dengan jahat mengutip berita longkang dari Bloger yang tiada kredibiliti.

3 Laporan Utusan ini menggugat kestabilan dan keharmonian Negara dan mengapikan sentimen rakyat.

4. Sebahagian laporan bersifat perkauman yang menggugat kestabilan dan perpaduan kaum, yang dibimbangi sebagai agenda untuk menimbulkan huru-hara.

Semasa perjalanan laporan polis ini, Yb Jeff Ooi mengadu kepada Dr Mujahid, Kalau PAS ada, Polis mesti ramai, pemberita pun mesti semua datang. DAP buat kalau, tak ramai macam ni! merujuk kepada anggota polis terlalu ramai menjaga pintu Balai.
Sebab tu dia mau PAS keluar dari Pakatan, sebab PAS ada kekuatan orang ramai. Jawab Mujahid bersahaja.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.