Pendirian Mujahid

KENYATAAN AKHBAR

PENCALONAN NAIB PRESIDEN DAN AJK PAS PUSAT

Saya Mujahid Bin Yusof dengan rendah hati dan setelah beristikharah dan memohon supaya keputusan saya adalah yang terbaik di sisi Allah dan manusia dengan ini memaklumkan bahawa saya menarik diri dari pencalonan Naib Presiden. Saya mengharapkan ianya keputusan yang terbaik supaya memberi ruang kepada calon-calon yang lebih berwibawa untuk membawa parti ini melonjak ke hadapan. Saya juga ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada Kawasan-Kawasan yang telah mencalonkan saya dengan sangkaan baik untuk saya sumbangkan kepada parti. Menerima pencalonan adalah satu penghargaan namun beban untuk menjalankan tugas jika terpikul adalah satu pertanggungjawaban. Buat masa ini saya belum mampu membawa pertanggungjawaban di tahap tersebut, untuk masa hadapan saya serahkan kepada Allah dan kepada ahli untuk menilai prestasi saya.

Walaupun demikian saya bersetuju menerima pencalonan untuk jawatan AJK Pas Pusat dan selagi khidmat saya diperlukan saya akan terus berkhidmat untuk parti demi agama, bangsa dan negara.

Moga dengan kenyataan ini terjawab persoalan pencalonan saya dalam muktamar Pas yang akan berlangsung awal Jun ini.

Sekian , terimakasih

Yang Benar

Dr. Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Malaysia


Email ini, baru dibaca setelah balik ke rumah,,,,



Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.