Turkey 3
Aku menjejakkan kaki ke Masjid Blue Mosque, yang amat terkenal dengan kehebatan seni bina dan sejarahnya.
Turkey mempunyai penduduk hampir 80 juta orang. Mereka mewakili negara yang diduduki Islam secara majoritinya.Pada zaman kegemilangan Otthmaniah, Turkey telah menarik minat ramai kalangan ilmuan dan bijak pandai untuk berhijrah ke sini. Selepas Istanbul dibebaskan oleh Sultan Muhamed Al-Fatih, lebih ramai bijak pandai dan ilmuan dari serata dunia berhijrah, dan menjadikan Turkey, pengkalan Ilmu yang baru. Kebanjiran para ilmuan ini dapat dilihat dengan kehebatan seni bina, dari segi konsep dan teknik arkitek yang masih kekal sehingga sekarang.
Turkey mempunyai penduduk hampir 80 juta orang. Mereka mewakili negara yang diduduki Islam secara majoritinya.Pada zaman kegemilangan Otthmaniah, Turkey telah menarik minat ramai kalangan ilmuan dan bijak pandai untuk berhijrah ke sini. Selepas Istanbul dibebaskan oleh Sultan Muhamed Al-Fatih, lebih ramai bijak pandai dan ilmuan dari serata dunia berhijrah, dan menjadikan Turkey, pengkalan Ilmu yang baru. Kebanjiran para ilmuan ini dapat dilihat dengan kehebatan seni bina, dari segi konsep dan teknik arkitek yang masih kekal sehingga sekarang.
Penduduk Turkey menjadikan Islam sebagai agama anutan dan amalan. Islam mewakili lebih 85% daripada penduduk Turkey. Penduduk bukan Islam di Istanbul, terdiri daripada bangsa Armanian dan Georgian serta Yahudi . Mereka sebahagiannya berhijrah dari negara kecil Eropah semasa Sultan Muhamed Al-Fatih lagi. Ini kerana pemerintahan Sultan, amat makmur dan merangsangkan ekonomi. Keadilan pemerintah menjaga rakyat dari pelbagai etnik dan agama juga menjadi faktor penghijrahan ini.
Ketika Sultan Muhamed Al-Fatih menawan Constantinopel, pada pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, dan menamakan Islambul, yang kini menjadi Istanbul,baginda telah mengisytiharkan kepada penduduk Istanbul, yang berada di dalam Gereja dengan ketakutan, ' Demi Allah, Sesiapa yang tidak setuju dengan aku, mereka boleh meninggalkan bumi ini dan pergi dengan aman. Dan sesiapa yang ingin tinggal di sini, mereka bebas berbuat demikian '. Mereka yang ketakutan, bertukar menjadi gembira dengan peribadi yang ditunjukan oleh Sultan Muhamed Al-Fatih.
Pengistiharan ini dibuat di depan Gereja Besar St Sophies yang kemudiannya ditukar kepada masjid Ehya Sofia. Selepas pengistiharan itu, ramai dikalangan Paderi Kristian telah melafaz Syahadah dan memeluk Islam, diikuti oleh penganut dan pengikut mereka. Ini antara sebab kenapa Ehya Sofia di tukar menjadi Masjid. Sebahagian besar Paderi dan pengikut mereka yang memeluk Islam itu, dengan rela hati menukar Gereja menjadi Masjid.
Baginda telah melumurkan tanah Istanbul ke dahinya. Seterusnya melakukan sujud syukur, seperti mana amalan yang dianjurkan Nabi S.A.W, setiap kali mendapat nikmat dari Allah. Selepas mengimamkan solat pertama di Ehya Sofia. Ada riwayat yang mengisahkan, beliau telah berkhutbah dan berwasiat kepada semua hadirin dengan kalimah yang sangat masyhur. ' Aku telah menukar Ehya Sofia menjadi Rumah Allah, yakni Masjid. Sesiapa selepas ini menukar Masjid ini , aku bersumpah dengan nama Allah, dia akan dilaknat oleh seluruh makhluk sehingga kiamat'.
Aku melangkah dari masjid ke masjid di Turkey, satu negara yang di penuhi dengan masjid yang bersifat 'Komplek', besar setiap masjid melebihi padang bola, dan tingginya yang penuh dengan kubah besar dan kecil di bumbung. Mereka di sini ada yang bermazhab hanafi dan Maliki. Sebelum ke sini, aku ada mendengar, yang orang Turkey sembahyang 6 kali sehari? Kenapa jadi macam tu ? Betul kata orang tua, 'jauh perjalanan luas pandangan'. Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan.
Umat Islam disini menjadikan solat witir sesuatu yang wajib bagi mereka. Ini berdasarkan satu hadis.
Dari Abu Ayyub Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Shalat witir itu hukumnya wajib bagi setiap muslim” (HR Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Bukan ganjil lagi bagi aku, dengan amalan disini. Turkey ini telah menyimpan jasad Ayub Al-Ansory r.a. Mereka amat menghormati Ayub Al-Ansory. Ada kesah yang merakamkan bahawa Sultan Muhammed Al-Fatih, selepas menawan Constantinopel, baginda telah mengarahkan dicari kubur Ayub Al-Ansory, dan di pindahkan ke tempat yang lebih baik. Ketika mencari ini, pengali kubur telah bertemu kubur itu, dan dijumpai dulu, ialah bahagian kaki yang masih segar, dan dalam keadaan baik, tidak terjejas walaupun telah hampir 800 tahun tertanam disitu.
Apabila dimaklumkan akan penemuan ini, Baginda Sultan Muhamed Al Fatih telah menyeru semua penduduk dan tenteranya mencium kaki As-Syahid Abu Ayub. Sampai giliran Baginda Sultan hendak mencium, kaki tersebut tertarik kedalam tanah, menyebabkan Baginda Sultan gagal menciumnya. Pada malamnya, Baginda bermimpi didatangi As-Syahid Abu Ayub Al-Ansory meminta maaf kepada baginda. Ayub Al-Ansory menjelaskan dalam mimpi tersebut, yang beliau malu untuk membiarkan orang yang disebut oleh Nabi S.A.W, sebagai 'sebaik pemimpin', mencium kakinya.
Orang Turkey amat kuat beragama. Sejak 1924 sehinggakan sekarang , mereka dipisahkan dari Al-Quran, mereka di paksa meninggalkan amalan Agama Islam, Namun Islam tetap kental dihati penduduk, Orang tua mereka akan memaksa anak mereka mempelajari Islam, walaupun mereka sendiri tidak mampu membaca Al-Quran. Kini Turkey sedang kembali mensyiarkan Agama sebagai kehidupan.
Semasa aku berbual bersama seorang perempuan Islam Turkey yang hanya tahu menghafal surah Fatihah. Aku cuba merisik khabar, pemerintah Turkey dari AK Party. Dia lantas melenting, dengan berkata Yusef Ardogan dan Abdullah Gul sebagai hipokrit.
Islam mengajar kita supaya jangan menunjuk ketika buat amalan ! hujah perempuan muda ini.
Dia sembahyang, ditayang di TV! Merujuk rancangan TV menayang pemimpin Negra Turkey sedang menunaikan Solat Juma'at, Sembahyang Raya dan Sunat Tarawikh semasa bulan Ramadhan.
Dia(Pemimpin AK Party) bayar Zakat di buat banner! Ini bukan amalan Islam! Gadis ini mengharap simpati aku.
Kamu bayar zakat berapa setahun? soal aku menongkah arus.
Mana nak bayar zakat, hidup aku dan keluarga, setakat cukup makan,. Tapi aku juga ada bantu orang kalau mereka susah ! Dia berhujah membela diri.
Dapatlah aku simpulkan bahawa amalan agama mula subur kembali di Turkey.
Kalau 10 tahun lalu, tentera atau kakitangan awam yang sembahyang terang-terangan, akan di ambil tindakan disiplin oleh ketua mereka.
Haji hanya dibenarkan selepas pencen, ini peraturan kakitangan awam mereka. Bertudung , hijab akan diberhentikan dari Kolej atau Universiti. Sebelum ini ada ahli Parlimen wanita yang bertudung dibuang kerakyatan.
Aku rasa sejuk dah sampai ke tulang. Aku terpaksa balik ke bilik hotel, untuk memanaskan badan. Nanti malam aku nak meninjau suasana malam di Istanbul...
Comments