Turkey 2

Turkey yang aku pijak buminya hari ini, pernah dikenali dengan Anatolia, atau dalam bahasa Greek latin, 'East '(Sun)Rise' atau Asia Minor'. Disini pernah terbina beberapa tamadun dunia. Islam menjadi salah satu tamadun, atau peradaban dunia yang banyak mempengaruhi pembangunan Turkey.

Aku cuba mengimbau, semasa aku awal belasan tahun dulu, aku ada membaca sebuah buku berkenaan seorang tokoh yang hebat. Badiuzaman Said Nursi, beliau dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia, beliau meniggal dunia pada 23 Mac 1960, setelah menunaikan beberapa tangungjawab berat, beliau pernah memimpin pasukan sukarelawan yang amat di geruni musuh dengan jolokan 'Pasukan Topi Bulu', berperang dengan Russia bagi mempertahankan Turkey, di penjara beberepa kali, serta di racun oleh pemerintah Turkey moden, kerana beliau menuntut, melalui tulisan dan ceramah, supaya Islam kembali dalam amalan kakitangan kerajaan dan anggota parlimen Turkey.

Antara kehebatan Said Nursi ini juga ialah. Semasa perang dunia, beliau pernah menjadi perajurit Turkey yang berada di atas kapal perang German, ketika
menentang tentera bersekutu dalam mempertahankan Turkey. Walaupun dunia telah mengubah sejarah German, dengan menggambarkan German sebagai kuasa jahat. Semua fitnah keatas German, disebabkan German bekerjasam dengan Khalifah Islam Othmaniah.

German yang terkenal dengan teknologi mesin dan gentera b
erenjin ini, sehingga sekarang masih ada gelaran ' Made in German byTurk' bagi barangan keluaran mereka. Semasa di Turkey ini, aku melawat makam Nabi Yusa, yang terletak diatas bukit, diperkampungan yang menjadi kubu kuat kepada Parti Saa'dat, sebuah parti politik yang ditubuhkan oleh Almarhum Najmutin Arbakan, sebagai ganti kepada parti Minli Salamat, yang diharamkan, dan beberapa parti yang beliau terajui juga telah diharamkan di Turkey, selepas parti pimpinan Najmutin menang dalam pilihanraya.

Najmutin ini seorang Juruitera yang telah menghasilkan sejenis kereta 'Tank' untuk tentera German yang diguna sehingga kehari ini. Memang benarlah istilah, teknologi German oleh orang Turkey itu. Begitu juga hubungan baik German dan kerajaan Otthmaniah sejak dulu lagi.

Pembohongan sejarah ini, semakin terdedah, apabila semakin ramai orang mampu menziarahi Turkey, terutama Istambul yang menyimpan beberapa kesan sejarah disini mampu mengembalikan keadilan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing