Tarian Bogel Bukan Di Pulau Pinang Darul DAP??















ANTARA gadis ditahan yang membuat aksi tarian tiang di pusat hiburan Mont Kiara, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Dua beradik antara tujuh ditahan dalam serbuan di pusat hiburan

KUALA LUMPUR: Aksi ghairah empat wanita Melayu, termasuk dua beradik yang menari dalam keadaan separuh bogel bagi menghibur pengunjung di sebuah pusat hiburan di Mont Kiara di sini, berakhir apabila diserbu polis, awal pagi semalam.

Ketika serbuan jam 1 pagi itu, lima gadis tempatan yang hanya memakai coli dan seluar dalam asyik melakukan persembahan tarian tiang atau ‘poll dance’ yang disaksikan kira-kira 50 pengunjung.
Difahamkan, setiap gadis dibayar RM100 untuk aksi selama empat jam dan mereka yang berjaya memikat pelanggan sehingga dikalungkan bunga oleh pengunjung akan dibayar tambahan RM30 bagi setiap kalungan itu.

Malah, gadis terbabit juga dikatakan boleh mengumpul markah bagi setiap minuman keras yang dibeli pelanggan dan jumlah markah terkumpul itu kemudian akan ditukar dengan wang tunai oleh majikan mereka.

Persembahan separuh bogel itu yang dikatakan sudah berlarutan sejak lima bulan dipentaskan atas nama ‘Thai Girl Show’ walaupun tiada seorang pun gadis Thai ketika serbuan dilakukan.

Selepas memantau kegiatan pusat itu sejak tiga hari lalu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kuala Lumpur yang menyerbu pusat berkenaan menahan tujuh gadis, termasuk dua pelayan Bangladesh.
Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Md Isa, berkata semua gadis tempatan, termasuk dua beradik yang ditahan itu berusia di antara 21 dan 31 tahun.

Katanya, siasatan juga mendapati premis itu tidak mempunyai lesen hiburan.

“Kita percaya semua wanita yang menjadi penari di pusat itu dijaga oleh seorang mummy. Bagaimanapun kita percaya dia melarikan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya.

Polis kini sedang mengesan pemilik pusat hiburan haram ini yang juga turut menghilangkan diri.

Turut ditahan dalam operasi sama, tiga lelaki Bangladesh yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta memasuki negara ini sebagai pelajar, namun bekerja sebagai pelayan pusat hiburan.

Azman berkata, Polis Kuala Lumpur akan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan terhadap pusat hiburan itu, termasuk menyitanya. sumber Beritaharianonline. Akbar UMporno.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing