Pilihanraya: UMNO Gigit Kuku
Almarhum Yb Dato Hamdan, Seorang Ketua Platon Yang Berjaya.
PRU 2004, Hampir Semua Pimpinan Besar Kecundang,
Beliau Terus Bertahan DUN Permatang Pasir.
Pemilihan Pimpinan PAS pada Muktamar akan datang sungguh memberangsangkan. Semua pihak terlibat. Ahli PAS, pimpinan peringkat Cawangan dan Kawasan, berhempas pulas nak menonjolkan pimpinan sokongan mereka. Alasannya! Nak membawa PAS ke pesada politik Malaysia.PRU 2004, Hampir Semua Pimpinan Besar Kecundang,
Beliau Terus Bertahan DUN Permatang Pasir.
Yang di luar PAS pun sama ambil bahagian, komen dan beri pandangan. Mereka diluar PAS pun nak lihat PAS di masa depan. Siaran ATRO, TV3, dan lain saluran, turut membawa tokoh pemikir membincangkan hal PAS. Kemana PAS selepas ini? Bagaimana PAS selepas ini? Berlakukah perubahan dalam kepimpinan PAS? Musuh PAS pun tak kurang ambil bahagian menafsirkan masa depan PAS.
Pemilihan yang sangat memberangsangkan kali ini, memperlihatkan tokoh-tokoh pemimpin yang buat tawaran dan menolak tawaran. Timbalan Presiden dijangka pertandingan 3 penjuru, Nasarudin , Tuan Ibrahim dan Mat Sabu.
Manakala Naib pula, Penyandang bertahan, Dato' Mahfuz, Salihudin Ayob, manakala pencabar pula terdiri, Husam Musa, Idris Ahmad, nama yang diramal turut bertanding Nizar Jamaludin, Dr Hata, Nik Amar.
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, baru mengubah pendirian, dengan mengumumkan kesediaan bertanding Timbalan Presiden, demi permintaan atau pencalonan yang banyak, serta menunaikan tanggunjawa dan amanah. Beliau sebelum ini pernah mengumumkan, menolak pencalonan ke Timbalan Presiden.
Hj Mohd Sabu, awal-awal lagi menawar diri bertanding Timbalan Presiden. Dengan tawaran akan membantu PAS mendekati rakyat Malaysia yang berbilang ini, bagi menghadapi PRU13.
Ust Nasarudin mengumumkan akan pertahankan jawatan Timbalan Presiden bagi membantu Presiden, dan meneruskan kerja parti menghadapi PRU13.
Husam Musa, menjadi seorang paling popular dalam PAS, kerana di calonkan bertanding di semua peringkat jawatan. Presiden. Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Jawatankuasa Pusat. Kesemuanya ada nama Husam. Beliau juga baru mengubah pendirian, dengan menawar diri bertanding Naib Presiden dengan tema 'mewakili Kelantan', dan mengisi kekosongan Tuan Ibrahim.
Dr Mujahid dan Husam juga, awal-awal menolak tawaran. Husam menolak tawaran bertanding Presiden. Manakala Mujahid menolak tawaran Naib Presiden.
Apa keputusan pun, ahli PAS nakkan pasukan bekerja dan berperancangan. Kalau Pemimpin memandu dengan baik, dan jawtankuasanya bekerja seperti mana sejarah YB Dato Hamdan Abd Rahman bekerja mempersiapkan jentera dan master plan yang berkesan, UMNO dan BN akan gigit kuku pada PRU 13.
Comments