Osama Bin Ladin, Dagangnya DiBeli Allah

Saya mendapat sms awal pagi tadi, ' Osama Mati, Obama akan Buat Pengumuman' . 

Saya diam, dan menanti berita sebenar sebelum mempercayainya seratus peratus, sebab sudah banyak berita yang lebih sensasi dari realiti. 

 Jam hampir 1 petang, berita tv memaklumkan, bahwa Osama yang sangat dikehendaki Amerika terbunuh, dan mayatnya ada bersama tentera Amerika. Setengah jam kemudian berita baru lagi, Osama terbunuh dan mayatnya dikebumikan di laut. 

 Sampai dirumah sudah malam, saya mencari berita internet. Presiden Amerika Obama , mengumumkan Osama terbunuh,dan diikuti dengan maklumat , dan mayatnya dikebumi dilaut mengikut peraturan Islam. Berita di India dengan bahasa dan maklumat yang diberikan juga memaklumkan Osama Bin Ladin terbunuh. NDTV India ran graphics – in Hindi script – announcing that “Obama ke sir par goli lagi”, which translated, reads, “Obama was shot in the head.” Apa pun beritanya, 

ketahuilah, Osama Bin Ladin sudah lama menawarkan dirinya di Jalan Allah(fi Sabililah) . Dia bercita-cita mati syahid dalam kehidupan hayat beliau, dan mendagangkan dirinya kepada Allah, Akhirnya Allah membeli juga dagang beliau. 

 Berasal dari keluarga kaya raya, dan menjadi rakyat Amerika. Beliau yang berasal dari Arab Saudi juga mempunyai kerakyatan Sudan. Beliau meninggalkan kehidupan yang penuh kemewahan dan berhijrah ke Afghanistan bagi berjihad menentang Soviet Rusia, dan mendapat sokongan Amerika pada awalnya. Akhirnya menjadi musuh nombor satu Amerika, selepas perang Amerika keatas Iraq. 

 Saya mengenangkan lawatan saya ke makam Ayub Al-Ansary r.a. di Istanbul Turkey. Beliau bergerak beribu batu dari Madinah ke sempadan Bizantin, bagi memenuhi Jihat seruan Nabi S.A.W, dan memburu cita-cita menjadi mujahidin terbaik, dengan membuka Constantinople. Dan cita-citanya beliau diganti dengan gugur syahid di sana. 

Mereka ini semua mengharapkan pahala Jihad, dengan harapan dan cita-cita, berjaya membebaskan wilayah serta mendaulatkan Islam, dan masa yang sama memburu peluang syahid. 

 Apa pun beritanya, ketahuilah, Osama Bin Ladin sudah lama menawarkan dirinya di Jalan Allah(fi Sabililah) . Dia bercita-cita mati syahid dalam kehidupan hayat beliau, dan mendagangkan dirinya kepada Allah, Akhirnya Allah membeli juga dagang beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing