Nasarudin Pertahankan Jawatan Timbalan


KUALA LUMPUR 4 Mei – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada Pas kawasan setakat ini.

"Keputusan untuk mempertahankan jawatan itu dibuat atas semangat untuk meneruskan persiapan parti bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13, yang mungkin diadakan pertengahan tahun depan atau penghujung tahun ini. Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Keputusan untuk mempertahankan jawatan itu juga dilihat, dibuat atas semangat untuk meneruskan agenda parti dan kerja kerja yang belum selesai, bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang,

Kepada para perwakilan yang ingin meneruskan agenda parti dan kemajuan parti yang belum selesai dan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 dengan keputusan lebih berjaya lagi, berdasarkan rekod cemerlang yang ditunjukan oleh Timbalan Presiden PAS yang telah dibuat sebelum ini, maka wajib lah mereka menyokong dengan sepenuh jiwa raga, agenda PAS yang tak sampai itu.

Apa, Tak Percaya ka ????

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.