Kaya Kerana Suka Membeli.........

Saya hadir satu majlis makan malam bersama 40 orang doktor pakar yang berkhidmat di Hospital swasta yang berselerak di sekitar Pulau Pinang. Dalam majlis beracara dengan syarahan seorang pakar makanan bayi dari Italy, agak beku macam dalam kuliah formal jadinya.

Semasa makan, sempat saya berbual dengan Doktor pakar yang hadir, kesemua mereka terdiri dari bangsa Cina. Perbualan kami agak semakin rancak apabila saya menarik mereka berbincang hal rumah mereka, dan harga rumah di Pulau Pinang.

Para doktor ini, meluahkan rasa resah dengan harga rumah Di Pulau Pinang sekarang. Dengan purata pendapatan Doktor pakar sekarang, RM120,00.00 ke RM180,00.00 sebulan, mereka biasanya membeli rumah kediaman bawah harga RM1 juta sahaja.

Tapi! dengan dasar kerajaan China yang baru, menghadkan orang kaya di Tanah Besar China membeli rumah kedua, para jutawan yang berlambak disana (China dikatakan menghasilkan 450 jutawan baru setahun) mengalih pelaburan mereka, dan menjadikan Malaysia antara negara pilihan.

Malaysia, manjadi pilihan pembeli hartanah, kerana harga pasaranya antara terendah di dunia. Mesir 3 kali mahal dari Malaysia, Kemboja 2 kali harga Malaysia, Jakarta 2 kali harga Malaysia.

Ramai peguam yang saya kenal, sekarang ini mereka menghabiskan masa shooping di majlis lelongan rumah, yang dianjurkan oleh bank, melalui pelelong rasmi. Mereka mampu membuat untung besar dengan membeli rumah dan kedai dari lelongan. Ada seorang kawan saya ni, dia beli 2 rumah sebulan, dan jual balik sebuah setiap bulan. Dia mampu buat keuntungan sekitar RM100,00.00 sebulan.

Kalau seorang belia berumur 22 tahun mula berjual beli rumah, saya kira, ketika umur beliau sampai sekitar 28 tahun, dia bakal jadi jutawan yang kukuh dari segi kewangan dan harta. Tiada harga rumah yang semakin turun harga....

Senang saja , hanya daftar perniagaan dan buka akaun bank, semua belia sudah bersedia menjadi pembeli rumah.

Comments

Anonymous said…
dunia,dunia,dunia......lain tak tau ka?
HeroHuruHara said…
Assalamu'alaikum Zul,

catatan ni sangat kreatif dan membangun minda dan mengajak hati mendalami ilmu hartanah. Kupas lagi secara ilmiah dan praktikal (kajian kes) untuk catatan baru..

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing