Pilihanraya Sudah Dekat??
Almarhum Dato Yb Hamdan. Telah Berjaya Menyediakan Jentera dan Kubu Permatang Pasir Untuk 3 Pilihanraya selepas beliau. Walaupun YB tidur Mampu Menang...gambar sumbangan www.dbmhospital.com.
SHAH ALAM 19 MEI : Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.Turut difahamkan PKR juga telah menerima surat berhubung pembatalan tersebut daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
Ucapan dan tindakan yang sedang berlaku seperti 2 kejadian diatas membuktikan, persiapan Jentera Pilihanraya yang berjalan dari semua parti politik, sekarang sedang rancak berjalan.
Bagi DUN Permatang Pasir, apa yang dilakukan oleh Almarhum YB Dato Hamdan dalam menyusun strategi, persiapan, gerakerja dan persepsi setempat, cukup berkesan. Ketika pengalaman saya berbincang dengan Almarhum, dia sering berpesan pada jentera teras, supaya bekerja untuk persiapan 3 pilihanraya akan datang, bukan sekadar untuk hari ini.
Gerakkerja beliau amat kurang dari sudut ceramah besar, atau himpunan besar. Beliau lebih tumpu kepada sasaran, iaitu pengundi. Beliau amat sensitif pada daftar pemilih, Kalau tiada sebarang pengundi baru dalam seminggu, beliau akan memandu sendiri keretanya, berjumpa dengan agen-agen kerja beliau. Kempen beliau lebih kepada, pelobi dari kalangan orang kampung dan ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Almarhum juga banyak menggunakan pemimpin masyarakat Cina yang suka membantu Alamarhum, kerana sifatnya yang sederhana dan sedia mendengar.
Kadangkala Almarhum telepon saya jam 1 pagi, nak minta bantu daftar pemilih dan minta pandangan. Adakalanya minta saya buat hubungan dengan pihak-pihak yang bertanggunjawab. Pernah Almarhum hubungi saya jam 1.30 pagi. Sambil minum di kedai mamak depan DBM Hospital, Permatang Pauh, dia minta saya uruskan untuk berhubung dengan seorang pimpinan Pusat supaya bersetuju menjadi penganti beliau. Beliau ada satu fail manual pilihanraya DUN Permatang Pasir. Dia pernah ingatkan saya, 'hanya dua orang ni yang boleh diamanahkan pegang fail ini'. Kalau dalam keadaan apapun, jangan serah fail ini pada orang lain. Dia peringatkan saya dengan tegas...
Sekarang terbukti! Apa yang diusahakan beliau, mampu dikecapi oleh sekurang-kurang Pilihanraya Umum ke 14, DUN Permatang Pasir masih ada undi majoriti PAS.

Comments