Lautan Manusia Di Balik Pulau
Hj M. Tuah sememangnya seorang yang berwawasan dan kreatif, serta mempunyai keupayaan menerajui DUN ini. Setiap hari ada saja kegiatan beliau bersama penduduk di sini, dan kepada penduduk yang kami soal, mereka amat menyenangi beliau, beliau sentiasa berdampingan dengan masyarakat, dia amat dikenali oleh orang di DUN Pulau Betong.
Malam ini, dengan kehadiran lautan manusia membanjiri perkarangan Masjid ini, membuktikan mereka amat mesra dikalangan sesama penduduk. Kehadiran yang ramai ini juga membantu para penggerai membuat rekod jualan pada malam ini, ada penggerai yang mencecah jualan belasan ribu Ringgit. Tak kurang juga gerai-gerai yang menempek, kerana tidak mahu bayar sewa, dan tidak mahu bertanggungjawab, sehingga menggangu lalulintas dan parking, serta keselesaan pengunjung. Mereka juga menumpang rezeki yang melimpah malam ini, yang menjadikan Banjir manusia kali ke 3, berjaya dicetuskan bersama rakan niaga, di tapak ini
Sumbangan orang ramai pada malam ini, kepada Mutiara Infaq, komiti anak yatim, amat memberangsangkan, sehingga 3 peti sumbangan penuh dengan wang derma. Ada pengunjung yang bercakap sesama mereka,'ramai!! kalah ceramah politik pimpinan top'
Comments