Anak Yatim Kuala Nerang Bersama YB

Berdiri dengan tujuan untuk berbakti kepada Umat berasaskan Agama Islam dalam kaedah Dawa'h Bil Hal,maka pada 28hb January 2010 sekali lagi sumbangan kepada anak yatim di laksanakan di pekan Kuala Nerang oleh Komiti Anak Yatim yang di beri nama 'Mutiara Infaq,bersama YB Nasir Zakaria ahli Parlimen Kuala Nerang.
Diasaskan dengan tujuan membantu anak yatim yang di jaga oleh ibu atau waris mereka sendiri dan tinggal di rumah mereka sendiri.Ini bertujuan menambah kekuatan dan ketabahan si Ibu dan waris yang setia pada tanggungjawab mereka membesarkan anak mereka dengan penuh belai kasih sayang,si ibu juga menaruh harapan supaya anak ini menjadi manusia berguna dan menyambung zuriat mereka selaku insan soleh dan solehan kelak.
Usaha ini juga di harap menjadi titik mula penggalak kepada masyarakat setempat bersam peduli jiran tetangga mereka dan bersam membantu anak yatim mendapat kehidupan sama seperi anak lainnya.

Mutiara Infak yang sekarang bergerak beriringan dengan usahawan kecil yang menjalankan Karnival Riang Ria atau Expo Belia Niaga Kedah ini berharap supaya satu hari nanti komiti ini dapat terus menjadi badan yang mampu bertindak membantu anak yatim di mana sahaja dalam dunia ini samada kerana musibah bencana alam atau mangsa peperangan.




Mutiara Infak menaruh harapan dengan usaha ini dapatlah mengelakkan setiap anak yatim tidak di pinggirkan dari arus pembangunan dari sudut matirial dan spiritual,dengan itu mereka akan membesar sebagai Insan yang memberi menafaat kepada dunia ini sekaligus mengelak dan menghalang mereka menjadi mangsa keadan yang akan membawa mereka hanyut sebagai penjenayah,pembalas dendam kepada ketidak seimbangan kehidupan.
Dengan itu kita akan mendapati masyarakat hidup dalam rukun, sejahtera dan keamanan ini akan memudahkan kita menjalani kehidupan harian samada kita ibu bapa yang membesarkan keluarga, peniaga yang mencari rezeki,yang meninggalkan rumah ke tempat kerja,yang berharta lebih terjaga.
























Mutiara Infak menyusun saf kepimpinan :

Penasihat: Zolkifly B.Md Lazim (pengarah DBMhospital).

Pengarah: Ust Izham B. Hashim(Pendidik)

Lembaga Komiti

Tuan Zaini b. Aboo Hassan (Kordinator Usahawan)

Drs Mohamad Nazri b. Abdullah (Pengarah Entertaiment)

Sabarulazman (Penasihat Undang Undang)



















































































Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing