Save,kreativ untuk berjaya



Seorang kawan dah mula perniagaan lebih enam tahun.Berpusat di Shah Alam dia mulakan operasi dalam bidang kawalan serangga(pest Control)beberapa syarikat telah dia tubuh,ada antaranya dia berkongsi dengan pemilik awal yang mengasaskan syarikat syarikat ini,ada yang dia tubuhkan dulu dan bawa orang yang berkebolehan masuk dalam syarikat itu.


Sebagai seorang usahawan dia boleh dikira berjaya dalam bidang Pest Control ini.Syarikat dia kini di kenali dengan Pestsciences Sdn Bhd ,dia buru anai anai dan serangga, dari daratan sampai lautan, dari bumi sampai ke satelit,cuma dia agak low profile dengan memilih jalan sendiri dalam gaya dan carector,dia cuba save dalam semua keperluan,kereta,pakaian,berjalan dan pejabat,penuh kreativiti dan berinovasi, dia pakai aircond 1 unit dua bilik dia adjust pula 'blower air' dengan kotak fail,nak save katakan!!

Teringat saya masa dikampung dulu,ada seorang adik kawan yang juga berkawan dengan saya,dia ni agak lawak dan 'mangkark' dalam tindakan,jarang boleh duga, ada satu hari tu dia buat kerja kreativ sungguh,bilamana lampu peti sejuk dia rosak dia ganti dengan lampu motor honda cup 70 tahun 1975 bapa dia punya,apa lagi ,bila switch on saja,meletup bulp lampu tadi, kelabu habis dalam peti sejuk tu,berasap!!bapa dia kata ke dia,baguih awat hang tak buh(isikan) kabait bagi jadi bom,selesai masalah,terang menerang dunia semua,ghaib semua sekali!

Ada satu kisah lagi 25 tahun yang lalu, yang berkait dengan kerja Pest Control ni dia ni buat.Satu pagi bila dia bangun tidur agak lewat, dia terus ke meja makan rumah dia,dia tengok ada Putu Mayam bawah tudung makanan, dia pun makan sebahagian dan bercadang simpan sebahagian pada bapa dia(almarhum dah sekarang)tiba tiba dia lihat ada sebaris semut sedang mula bergerak nak menghurung Putu Mayam tadi,apa lagi dia pun bertindak kreativ sekali lagi, dia ambil Tuba Semut(sejenis racun semut) dan tabur atas makanan tadi(dengan harapan semut akan mati bila makan,dan selamatlah makanan tadi,Tuba Semut warna nya putih, Putu Mayam pun warna putih, apalagi ngam le.

Bapa dia pun ,dah bersihkan halaman rumah,masuk rumah dan terus ke meja makan dalam keadaan panas badan dan berpeluh mercik, terus tuangkan kopi sejuk dalam cawan, untuk hilangkan dahaga dan sejukkan kerengkung (rasa sejuk tu pasti sampai keperut),sambil itu dia pun buka tudung makanan atas meja,apalagi tengok Putu Mayam putih melepak berintikan Nyior dan gula merah ,terus diangkat pinggan untuk dekatkan dengan mulut yang mula ternganga luas(kerana tangan kotor masih belum basuh).Bila buka saja mulut. hidung pun terus kembang menarik nafas, nak pelahap terus Putu Mayam yang memang melelehkan liur ,

Tiba tiba hidung yang sedia kembang xxxx saiz tu terbau hapak sesuatu! mulut tertutup secara automatik dan hidung sekali lagi menghirup bau tadi bagi memastikan apa isinya,Celaka, sapa yang bubuh Tuba Semut atas Putu Mayam ni haaa?sanggah si bapa, Cek(nama manja Penang) bubuh tadi! semut nak makan(putu Mayam)!Kata si anak tadi! Baguih! awat hang tak ambil senapang dalam almari diatas, tembak saja aku,mampuih cepat sikit!, sindir bapa dia.


Kawan saya tauke Pestsciences Sdn Bhd tadi boleh bagi panduan mengawal serangga dengan selamat,orang ramai dinasihatkan jangan dok kreativ dan save tak tentu pasal, nanti.......

Comments

Ano Nyme said…
Baguih cerita ni, tang bab saape tu 2x5 la kot...!
Anonymous said…
Hehe kita mula perang cyber d sini..Kata dulang paku serpeh...kot.....org puteh kata 'birds of feather flock together'..elok lahh tu

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing