Perang Pilihanraya
Lawatan Jentera PAS DUN Salor Kelantan di bawah YB Dato Husam Musa ke DUN Teelok Bahang,Pulau Pinang pada 14 hingga 16 January 2010.
Seramai 60 orang di jangka bersama dalam program pemantapan jentera DUN Salor .
Satu hari dalam tahun 1998 penghujung dah, saya dipanggil ke Kula Lumpur untuk hadir satu latihan dan program politik PAS yang amat berlainan dari sebelum ini.Setelah sampai dan mendaftara diri saya di bawa ke lokasi sebuah rumah semi D, dan disitu saya lihat Dato Paduka Husam(masa tu tak ada Dato lagi,masih fresh)YB Mohamad Husin Parlimen Pasir Putih dan pemuda pemuda yang sekarang dah jadi pemimpin Kelantan dah.
Majlis ini megingatkan saya kenangan lama yang amat bernilai dalam kehidupan saya sebagai Islam warga Malaysia.Penglibatan saya ialah untuk merancang dan merampas Kelantan dari tangan UMNO masa itu, kami di dedahkan oleh pakar pakar dari Uni Malaya, UKM dan beberapa tokoh politik berpengalaman, kekadang kami diminta menyiapkan bahan dalam masa tak sampai 12 jam, kekadang kami diminta buat presentation dalam masa 13minit supaya orang ramai menerima kenyataan kami(persembahan secara individu dan kumpulan).
Kami diminta membuat praktikal dan field work (saya sendiri kena di Bangsar, Jalan Marof,) beberapa lokasi dalam Kuala Lumpur, di lemparkan sebagai komando bandar tanpa peralatan sempurna tetapi diminta keputusan yang berjaya dibawa balik pada petangnya. Alhamdulilah tak sampai 20 bulan selepas itu Kelantan berjaya dirampas dari UMNO dengan kerjasama Tengku Razaligh Hamzah dengan jentera S46.
Petang ini saya di undang lagi oleh pimpinan Besar Kelantan untuk bersam Jentera Pilihanraya DUN Salur sebagai veteran politik seperti mana saya terima dulu,antara aktiviti nampak bersantai tapi berwawasan dan penuh strategi.Taklimat dan Perbincangan,Lawatan,Jamuan bersama PAS Cawangan dan Masyarakat tempatan.
sebarkan ke kawan2
lawati....... sembang kerja.blogspot.com dan zolazim.blogspot.
Comments