Usaha Tanah Lot

Kaedah penyelesaian tanah dan rumah orang Islam Pulau Pinang ialah dengan kita gunakan konsep wakaf (leasehold bagi kaedah moden)yang mengelakan ianya berpindah tangan terlalu mudah.


















Wakaf dan leasehold dapat juga bantu mengawal harga melambung oleh sebab speaculate, bukan harga sebenar.sebagai bukti kita lihat sekarang bagaimana harta leasehold harganya akan terkawal,sebaliknya freehold melambung tidak seimbang dengan sewa bulanan pun yang jauh lebih rendah kalau dibandingkan dengan bayaran ansuran pinjaman bank.Satu lagi bukti kalau harta itu di istiharkan sebagai kuota 'bumiputera' ,pastinya pihak yang nak comercialize kan harta ini tidak berminat pun,maksudnya kalau status miliknya terhad seperti wakaf pastinya pihak mencari untung tanpa moral ini berjaya di halang keterlibatannya.

Teringat saya satu cerita dari seorang shabat peniaga,dalam perjalan pulang dari Alor Setar Pulau Pinang,dia singgah di satu Stasyen Minyak untuk isi minyak dan minum disitu.Dalam masa minum dia berkenalan dengan Tuan punya stesyen minyak dan Tuan punya stesyen minyak itu pula perkenalkan kawan dia seorang pemaju perumahan di Kedah,dalam sembang kerjaya mereka,si pemaju mengeluh dengan berkata'payah berurusan dengan puak Ustaz ni'merujuk kepada kepimpinan kerajaan negeri Kedah. Kawan saya nampak berminat terus tanya dia, apa masalah? si pemaju bercerita ,yang mana dia telah membeli sebidang tanah untuk dimajukan di hujung zaman UMNO perintah.Hasrat untuk di bangunkan perumahan,setelah submit semua dokumen, tiba kerajaan sekarang, tahan pula, tak benarkan,berjuta saya rugi!.rungut si pemaju.Saya dah jumpa dengan EXCO pun tak boleh tolong,jumpa MB siap kena maki lagi,patut la sepupu aku kelulusan tinggi lagi dari aku ,jadi MB punya pegawai khas dia suruh buat kerja kampung saja,aku ni pun sokong PAS tapi kena atas kepala aku hari ni aku naik geram juga la,adunya lagi.
Satu lagi aduan banyak diterima ialah dari masyarakat peniaga Cina Kedah.Mereka kata Kedah buat Kuota 50/50 emilikan perumahan untuk Bumiputera memang teruk sedangkan 30% bumi pun tak boleh jual habis!,sekarang nak naik 50 % ,habis la Pilihanraya 13 nanti PAS tak dapat sokongan Cina! saya tanya Cina ni, semua Cina jadi pemaju ka?,semua Cina Kedah tak cukup beli rumah?,atau orang luar yang banyak beli rumah untuk pelaburan, bukan untuk tinggal!.
Saya lihat masa melawat Negara Brunei,kerajaan dia majukan rumah sekadar bilangan permintaan rakyat tempatannya sahaja,kerajaan Brunei tak bodoh biarkan pemaju kapitalis mencorakkan negara dia.

Dengan mengecilkan saiz tanah milik orang Islam akan lebih mampu di maksimakan penggunaan ,kerana tanah yang besarnya lebih satu ekar kebanyakkan tidak dapat diurus dan di pertahankan apalagi jika untuk menjana sumber dari harta itu.

Rumusan itu dikira sebagai satu konklusi untuk menyusun dan melonjak semula keupayaan menjanakan pemilikan harta orang Islam Pulau Pinang supaya dimaksimumkan kegunaan,kompertitif dan menguntungkan seperti mana pihak yang menjadi pendatang satu masa dulu, mereka memiliki harta secara 'sedikit lama jadi bukit'mengikut kegunaan semasa mereka sehingga menjadi banyak dan dimaksimakan kegunaannya.

Atas alasan ini saya usahakan tanah lot atas sebidang tanah berkeluasan 1.4 hektar di Mengkuang Keretapi, yang di bahagikan pada 37 lot berkeluasan 45kaki lebar 70kaki panjang,Alhamdulillah tak sampai seminggu di jual yang baki tinggal 6 lot.Ini bukti orang Islam mampu memiliki harta yang saiznya sekadar untuk di gunakan.
Selepas ini saya akan usahakan Lot tanah seperti ini di sebelah Balik Pulau pada keluasan 1 hektar.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing